Kebelakangan ini, penampilan usahawan kosmetik Dato’ Seri Vida semakin mendapat perhatian warganet kerana penampilannya yang didakwa semakin kurus. Bukan itu sahaja, dari segi pemakaian sehingga saiz bibir atau pun apa sahaja yang dikongsikan oleh Vida di media sosial pasti akan menjadi bualan hangat warganet. Baru-baru ini, penampilan baharu Dato’ Seri Vida sekali lagi menjadi bahan bualan apabila dia dikatakan kelihatan sedikit langsing berbanding gambar-gambar sebelum ini. Warganet juga tertarik dengan kapsyen yang ditulis oleh Vida itu yang menunjukkan seolah-olah tubuhnya kini semakin langsing.
“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulisnya di ruangan kapsyen. Dato buat ‘bariatric surgery’ ke? Oleh itu, pengikut Vida telah tinggalkan komen dan pertanyaan adakah dia melakukan operasi bariatrik atau lebih dikenali dengan panggilan operasi ptng usus atau perut. Bagaimanapun, Vida telah menepis tuduhan itu dan menegaskan yang dia tidak pernah menjalani sebarang operasi untuk kelihatan kurus.
Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen, menyokong dan memberikan kata semangat kepada penyanyi ‘Ku Ikhlaskan’ itu untuk meneruskan usaha gaya hidup yang sihat ini. Selain itu, ada juga warganet yang berpendapat, pemakaian ringkas tanpa barang kemas yang berlebihan sangat sesuai dengan gaya Vida. Ini dia jawapan dari tuan empunya badan, semoga warganet semua lepas ni tak buat spekulasi lagi dah. Sumber, Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.