Pelawak dan pelakon Ebby Yus, 57, kini terpaksa berehat seketika selepas dimasukkan ke hospital selama dua minggu untuk rawatan, bulan lalu. Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid yang sebelum ini mempunyai masalah jantung dan buah pinggang berkata, dia perlukan rehat untuk seketika dan tidak boleh terlalu aktif bekerja lagi akibat sakit dihidapi. Sekadar info, beliau paling diingati dengan peranan beliau dalam siri sitkom televisyen Simpang Tiga. Kini, beliau terlibat dalam pelbagai drama, pementasan teater dan filem tempatan, terutamanya di stesen televisyen RTM.
Pada mulanya hanya terpelecok kaki kanan semasa nak keluar rumah bagi menghadiri satu majlis alumni sekolah kerana saya dipilih sebagai pengacara pada 26 September lalu. Jadi, sebab dah janji dan saya juga salah seorang alumni, kenalah tunaikan. Tapi, sakitnya kaki itu jangan cakaplah, memang tak boleh nak tahan pun. Tapi, saya teruskan bekerja sampailah tak boleh jalan dan masuk hospital untuk rawatan. Jadi, tersangkutlah semula dengan masalah jantung dan buah pinggang. Malah, saya hampir nak kena buat dialisis sebab buah pinggang rosak di tahap lima,” katanya.
Ebby Yus berkata, bagaimanapun kini dia amat menjaga kesihatan diri dan perlu menjalani pemeriksaan berkala di hospital mengikut temujanji dibuat doktor. Katanya, dua minggu lagi dia akan ke Hospital Kuala Lumpur HKL bagi pemeriksaan jantung dan buah pinggang. Ditanya pula mengenai rumah baharunya, Ebby berkata, kediaman pemberian kerajaan yang dibina di tapak asal rumahnya yang msnah dihnyutkan banjir di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat pada Disember tahun lalu, sudah siap sepenuhnya dan mendapat kunci. Alhamdulillah, rumah baharu saya dah lama siap dan sudah dua bulan dapat kunci. Tapi, saya masih tak dapat masuk lagi ke rumah itu kerana kerja-kerja pemulihan sungai dan pembinaan jambatan belum siap. Saya pun tak fikir lagi sama ada nak buat ubah suai dalam rumah itu kerana masih tr.auma dengan kejadian b.anjir yang lalu. Lagipun, sekarang dah musim hujan dan ada kawasan lain mengalami b.anjir lagi. Jadi, saya bimbang nak cantikkan rumah.
“Biarlah dulu dan saya tak mahu fikir pun mengenai nak buat ubah suai. Saya pun nak kena sihatkan badan. Masuk duduk di rumah itu pun belum berpeluang lagi, masih kena tunggu semua kerja-kerja dibuat selesai,” katanya. Terdahulu, Ebby difahamkan menerima sumbangan k.erajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM 56,000 yang dibina di tapak asal rumahnya yang msnah dihnyutkan bnjir di Hulu Langat, sebelum ini. Kredit : HM/FB. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : onlinemalaya