Baru je UEL tampil dedah beri motor baru pada ibu tunggal, kini suami wanita tersebut dedahkan sesuatu supaya tiada salah faham

Kegigihan seorang wanita muda berstatus ibu tunggal menjentik hati apabila sanggup berjalan kaki menghantar makanan untuk mencari rezeki. Wanita cekal yang dikenali sebagai Amy Shuhadah, 23 tahun dikatakan berstatus yatim. Tidak hanya menghantar makanan, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut bekerja secara sambilan di restoran.

Wanita berkenaan dikatakan sudah berpisah dengan suami dan ia masih proses mahkamah. Kesukaran hidup yang dilalui wanita itu mendapat perhatian daripada aktivis masyarakat, Ebit Lew yang memberikan hadiah motosikal model Yamaha Y15ZR bagi memudahkan Amy mencari rezeki.

Amy dilihat sebak dan menitiskan air mata apabila melihat hadiah motosikal berada di depan mata. Apatah lagi beliau difahamkan sedang menabung untuk membeli kenderaan itu

“Terharu tengok adik ni muda lagi cari rezeki berjalan sana-sini. Bersabarlah diuji, pada usia muda dengan ujian begini. Insya-ALLAH disebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita,” titip Ebit. “Katanya sudah lama ingin jumpa saya. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba ALLAH jumpakan di sini. Selalu doa hendak jumpa. Jumpa pun syukur sangat. Tidak sangka beri hadiah begini. Saya memang tengah kumpul duit nak cari rezeki beli motor untuk cari rezeki. Semoga ALLAH jaga adik ini menjadi wanita solehah dan anaknya menjadi anak yang baik serta hebat,” luah Ebit.

Suami nafi sudah lama terpisah

Seorang lelaki yang mengaku bahawa dirinya adalah suami kepada Emy menyatakan yang mereka baik-baik sahaja cuma status hubungan masih dalam proses mahkamah. Menurut Fakhrul Rosli dia dan isteri tetap saling berhubung demi anak tersayang. Mereka turut tinggal berhampiran dan segalanya masih dalam proses mahkamah.

Ujarnya, dia masih menyayangi hubungan perkahwinan ini dan mungkin apa yang terjadi sebagai satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T untuk menguatkan lagi hubungan mereka. Jadi, dia berharap supaya perkahwinan mereka terus bertahan dan memohon agar orang ramai terus mendoakan kebahagiaan mereka.

Penjelasannya itu telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkannya menasihati pemuda tersebut supaya menjaga rumah tangga kerana mereka masih mempunyai anak kecil serta usia perkahwinan yang masih muda. Jelas Fakhrul, jauh di sudut hatinya, dia masih lagi menyayangi isteri dan akan mencuba yang terbaik demi mempertahankan rumah tangga mereka.

Warganet adakah menangis itu juga content?

Sumber, Awattsyeikh.com

Exit mobile version