Memang tak asing lagi semua dengan isu mereka ini. Usahawan produk kecantikan Hana Azraa mendedahkan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sudah melafazkan c3rai terhadapnya sejak awal tahun lagi namun kes masih dalam proses mahkamah. Dianggap secara hukum bukan lagi isteri, Hana turut mengakui bekas suaminya itu juga sudah beberapa kali melafazkan c3rai sehingga jatuh talak tiga.
Katanya lagi “Dia lafaz c3rai dekat saya awal tahun dan masih dalam prosess mahkamah. Tak selesai lagi sebab dia kerja Madinah kan. So bila tarikh mahkamah clash dengan dia dekat sini. “Ikutkan dah talak tiga. Satu tahun, satu talak… tak kira yang kias-kias lagi. Jadi, secara hukum saya memang bukan isteri dia lagi. “Jadi, tak perlu la dia nak ganggu hidup saya lagi. tak kisah la dia nak buat apa, tapi tolong jangan dah kaitkan saya,” kata Hana kepada Gempak.
Terdahulu, Hana tampil mendedahkan dia masih diganggu oleh pendakwah tersebut biarpun mereka sudah berpisah selain ahli keluarganya turut menjadi m4ngsa. Malah Hana turut menjelaskan tujuan dia berkongsi perkara tersebut kerana mahu bekas suaminya memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menjalani kehidupan bahagia.
Luahnya lagi “Saya terpaksa kongsi benda ni bukan sebab nak tarik perhatian sesiapa… saya cuma nak dia berhenti ganggu saya dan ahli keluarga saya. Tak perlu dia nak mesej mak saya semata-mata nak hantar gambar saya dengan kawan saya. “Jangan libatkan mak saya. My family lama sangat diam terutama kakak dengan adik saya yang masih layan dia baik. Tapi apa adik-beradik saya tak boleh terima, dia kutuk, perli saya dekat Instastory dia, dan cakap saya ni masih isteri dia. Motif? Stop la rasa korang betul hanya sebab korang ni berlatar belakangkan orang agama.
Terangnya lagi, “Pakaian tak melambangkan pun diri sebenar kita. Apa saya buat ni untuk kebaikan diri saya dan anak-anak saya. Dah la hak anak-anak saya ditindas. Lepas tu, nak burukkan i dekat social media. Then apa lagi? “Nak saya senyap sampai bila lagi? Enough la. Bagi saya ruang juga untuk rasa bahagia kalau awak (his family) rasa saya ni tak bahagia, saya ni meroyan, please la, jangan kacau saya dengan life saya lagi,” katanya. Sumber, gempak