Kecoh instagram mengalami gangguan, kini Khairul Aming dedah hilang pengikut sebanyak 20k

Malam tadi, kecoh di media sosial selepas Instagram mengalami gangguan atau ‘error’ sehingga menyebabkan ramai pengguna aplikasi tersebut terjejas malah ada juga akaun yang terpaksa digantung secara tiba-tiba tanpa sebab tertentu.

Khairul Aming hilang ‘followers’

Bukan itu saja, ramai turut memaklumkan bahawa bilangan pengikut mereka turut berkurangan semasa gangguan itu berlaku sekitar jam 10 malam tadi. Tidak terkecuali, selebriti media sosial iaitu Khairul Aming juga terpaksa berhadapan dengan situasi cemas apabila kehilangan 20K ‘followers’ di Instagram. Khairul Aming yang memuat naik tweet di Twitter miliknya memberitahu bahawa pada awalnya dia sudah kehilangan pengikut seramai 16K dan semakin berkurangan dalam masa 10 minit sehingga menjadikan jumlah kepada 20K.

Akaun digantung

Malah, ramai juga yang berkongsikan tangkap layar pemakluman bahawa akaun mereka telah digantung oleh Instagram secara tiba-tiba dan ianya telah menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna yang rata-rata terkejut dengan notis tersebut.

Sementara itu, Instagram menerusi satu kenyataan yang ditulis di Twitter, mereka sedia maklum tentang isu tersebut dan berusaha untuk mengenal pasti punca ianya terjadi sekali gus memohon maaf atas kesulitan yang melanda.

Komen warganet

Difahamkan ketika ini kebanyakan pengguna akaun Instagram telah mendapatkan semula jumlah asal pengikut mereka namun bagi akaun yang digantung, mereka masih belum dapat akses masuk dan terpaksa menunggu dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu untuk pulih. Sumber, Oh Bulan

Berhasil menjual 1 juta botol Sambal Nyet, Khairul Aming peroleh keuntungan sebanyak RM14 juta ringgit

Memang tak asing lagi kita dengan pemuda ini. Sejak beberapa tahun lalu, nama pengsohor Khairul Aming cukup terkenal dalam kalangan pengguna media sosial. Masakan tidak, bermula dengan memperkenalkan video-video resepi setiap kali tibanya bulan puasa, nama Khairul Aming dalam bidang kulinari semakin memuncak selepas pelancaran produknya, Sambal Nyet. Lebih istimewa, jenama Sambal Nyet keluaran Khairul Aming begitu laris di pasaran, sehinggakan ia habis dijual setiap kali stok-stok baharu ditambah di pelantar beli-belah online.

Terkini, menerusi perkongsian terbaharu di Twitter, Khairul Aming mendedahkan yang penjualan Sambal Nyet miliknya telah mencecah sehingga 1 juta botol selepas setahun setengah diperkenalkan. “Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan jualan keseluruhan sambal sebanyak RM14 juta. “Kalau sebelum ini, kita masak dan jual dalam 200 botol sambal sehari. Kini, boleh naik sehingga 5,000 botol sambal sehari. Team kami juga sudah berkembang daripada lapan kepada 50 orang,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut memberitahu yang dia bakal menambah sebuah lagi kilang di Kota Bharu, Kelantan seluas 22,000 kaki persegi tidak lama lagi. “Kita akan tambah sebuah lagi kilang di Kota Bharu, Kelantan dan ia lebih besar berbanding kilang sebelum ini. “Kilang kedua ini digunakan untuk naikkan lagi production Sambal Nyet dan juga dijadikan sebagai tempat persediaan untuk produk kedua nanti. Sedikit sebanyak diharapkan dapat naikkan ekonomi lokal di sini,” tutup Khairul Aming. Sumber, gempak

Exit mobile version