Fad Bocey terlibat dengan kejadian yang tak diingini, sekali isteri dedah keadaan terkini Fad

PELAWAK dan penyampai radio, Fad Bocey dikejarkan ke hospital berdekatan selepas terlibat dalam kejadian yang tak diingini ketika menunggang motosikal pada Isnin. Menurut isteri Fad iaitu Nur Syahirah A. Rahman, dia terkejut apabila menerima khabar Fad melalui panggilan telefon. “Berita buruk, baru duduk minum air selesaikan barang-barang rumah… Fad call dia jatuh. Dugaan apa ini,” katanya. Perkara itu dikongsikan Syahirah menerusi hantaran di ruangan IG story miliknya. Berkongsi lebih lanjut, Syahirah memberitahu bahawa Fad kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Malah, suaminya itu juga perlu pemantauan rapi daripada doktor kerana mengalami hentakan di bahagian kepala ketika kejadian. “Maaf yang mana hubungi tadi bateri tinggal tiga peratus, ini baru phone bernyawa. Keadaan terkini Fad perlu monitor under HDU (High Dependency Unit) sebab ada hentakan dekat kepala untuk pastikan semuanya bagus. “Sebab masa dekat tempat kejadian dia muntah. Tapi Alhamdulillah dia kuat. Terima kasih yang mendoakan, semoga kebaikan kalian dibalas Allah SWT,” katanya lagi. Dalam pada itu, pelawak Achey juga turut menghulurkan bantuan bagi menguruskan urusan kejadian selepas menerima berita berkenaan.

Achey datang hulur bantuan. Menerusi hantaran Achey di Instagram, dia juga berkongsi keadaan Fad yang sedang terbaring di atas katil semasa menerima rawatan. Meskipun dalam keadaan sakit Fad dilihat masih mampu memberikan senyuman kepada rakannya itu. “Semoga cepat sembuh sahabat,” tulisnya. Sumber, MSTAR ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version