Terpaksa jalani operasi dengan segera, sekali ini keadaan terkini Hans Isaac buat ramai yang terkedu

Selepas mengalami kesakitan akibat batu karang, pengarah dan pelakon Datuk Gerald Hans Isaac, 51 telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad. Hans yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad memaklumkan beliau akan melalui satu operasi di hospital tersebut pada petang tadi. “Saya masuk hospital jam 3 pagi (Ahad) sebab perut saya terlalu sakit. Isu dia batu karang di dalam perut saya. Jadi saya tidak berapa tahan, memang sakit sampai saya tak larat. Jadi saya masuk hospital di sini.

“Operasi pukul enam nanti. Harap-harapnya semua ok, esok boleh balik dan sambung lagi perjuangan saya dengan pasukan saya dan parti saya,” katanya. Berita mengenai kemasukan Hans ke hospital sebelum itu dimaklumkan oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Rodziah Ismail menerusi satu ciapan di Twitternya pada Ahad. “Semoga Datuk Hans cepat sembuh. Berehat tau. Semangat untuk bawa bawa Perubahan, Team Kempen PH Ampang, baik Calon, Altimet (pencadang) Datuk Hans (penyokong) dan jentera-jentera.

“Walaupun ada yang kurang sihat, kami teruskan usaha. #KitaBoleh,” ujar Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga. Pada Sabtu lalu, pencalonan Rodziah dicadang oleh penyanyi rap popular, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau AltimetAltimet yang juga Ketua Cabang PKR dan disokong oleh Hans.Hans sepatutnya dijadualkan untuk memberi ucapan pada acara Ceramah Umum PH di Setiawangsa pada malam Ahad bersama calon PH bagi Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan calon PH bagi Parlimen Subang, Wong Chen. SUMBER, SH

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version