Dalam masa 6 hari kes positif covid 19 naik ke 20k, sekali ini nasihat dari pihak KKM

Gambar Sekadar Hiasan

Sejak akhir-akhir ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberikan peringatan mengatakan bahawa angka kes Covid-19 akan meningkat dalam masa beberapa minggu ekoran penularan subvarian Omicron XBB di Malaysia. Sebentar tadi, Bernama melaporkan bahawa sebanyak 20,824 kes harian baharu Covid-19 telah dilaporkan dalam tempoh enam hari dari 20 Oktober hingga 3 November 2022. Kes harian ini menunjukkan peningkatan hampir 60 peratus berbanding 13,050 kes baharu yang dilaporkan pada 22 Oktober hingga 27 Oktober.

Untuk pengetahuan korang, kes harian ini melonjak melepasi angka 4,000 semalam kepada 4,711 kes selepas kali terakhir negara mencatatkan kes 4,000 pada 12 Ogos 2022 yang lalu. Daripada 4,711 kes ini, 10 negeri telah mencatatkan kes sebanyak tiga angka iaitu Selangor (1,609), Kuala Lumpur (1,168), Perak (391), Negeri Sembilan (299), Pulau Pinang (232), Sabah (215), Melaka (149), Kedah (135), Kelantan (128), Putrajaya (111). Manakala negeri yang mencatatkan dua angka adalah Pahang (79), Sarawak (75), Johor (60), Terengganu (41) dan Labuan (14), manakala Perlis hanya mencatatkan 5 kes positif baharu.

Oleh kerana ini, pihak KKM terus menasihati orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak dan majlis berkaitan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Kredit, Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version