Sharifah Shahira kongsi detik gembira terima menantu pertama dalam keluarga, sekali rakan artis pula yang ikut sebak

Shiera terima menantu pertama pada Jumaat. Anak sulung kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira iaitu Allisya Tahir selamat bergelar isteri dengan lelaki pilihannya pada Jumaat lalu. Allisya, 25, disatukan dengan pasangannya Zulhisyamuddin di sebuah dewan di Kuala Lumpur.

Allisya dan Zulhisyamuddin disatukan sebagai suami isteri pada Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapanya iaitu Jatt atau Tahir Ali yang merupakan vokalis kumpulan Black Dog Bone dan menerima mas kahwin sebanyak RM80. Berkongsi detik gembira menerima menantu pertama, Shahira atau lebih mesra dengan sapaan Shiera, 48, berkata, sebagai ibu dia bersyukur anaknya itu selamat bergelar isteri. Malah dia juga tidak menyangka ramai rakan-rakan selebriti turut hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan baiknya, Azah Aziz yang sanggup terbang dari Kanada semata-mata menghadiri majlis tersebut.

“Syukur dan seronok apabila majlis anak saya berjalan lancar. Ramai yang ingatkan saya menangis apabila anak bernikah tetapi itu semua tidak berlaku. Sebaliknya, rakan-rakan artis yang hadir pula mengalirkan air mata apabila saya perlu melepaskan anak dan menerima menantu,” katanya.

Shiera mengiringi Allisya ke dewan pernikahan.

Dalam pada itu, Shiera turut memuat naik beberapa hantaran di laman sosialnya tentang persiapan majlis berkenaan termasuk detik sebelum Allisya dinikahkan. Pengikut pelakon itu turut terhibur dengan kapsyen pada perkongsiannya apabila dia memberitahu tidak tahu apa perlu dilakukan sebagai ibu pengantin. Sementara itu, Shiera memaklumkan anak perempuannya itu akan menetap di Pulau Tioman kerana menantunya itu menguruskan perniagaan pelancongan di sana.

“Menantu saya ini orang pulau. Dia lahir dan dibesarkan di sana. Dia sendiri pun memang jadi pemandu bot untuk bawa pelancong selain menjadi pengajar untuk aktiviti snorkeling,” jelasnya.

Untuk rekod, Allisya merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt. Mereka berkahwin pada 1993 namun berpisah enam tahun kemudian. Shiera kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan mereka dikurniakan empat ahaya mata iaitu Airell, Airra, Audrra dan Adeena. Sumber, Mstar Online

Exit mobile version