Kumpulan rock lagenda Wings dikhabarkan sudah pun berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah pada Rabu petang. Menerusi satu hantaran di Instagram rasmi kelab peminat kumpulan tersebut, Sayap-Sayap Wings berkongsi beberapa gambar memaparkan ahlinya iaitu Datuk Awie, Blak, Eddie, Syam dan Edrie yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pada hantaran berkenaan, Wings memohon doa daripada orang ramai agar ibadah Umrah mereka dipermudahkan. ‘Segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberi, semoga Wings peroleh Umrah yang maqbullah, Allahumma Amin.
‘Doakan urusan Wings disana dipermudahkan dan dapat menunaikan ibadah Umrah dengan sempurna,” tulisnya pada kapsyen.Sementara itu, menerusi muat naik terbaharu di Instagram milik Awie, dia turut berkongsi beberapa foto bersama ahli keluarga dan peminatnya sewaktu berada di KLIA buat tatapan umum. Menjengah ke ruangan balas, rata rata warga maya menyampaikan ucapan selamat dan mengirimkan doa buat kumpulan rock tersebut agar ibadah Umrah mereka dipermudahkan. Terdahulu, Awie memaklumkan kepada Gempak bahawa mereka berlima sudah pun lama merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama sama. Jelas Awie, hasrat mereka untuk ke Tanah Suci Mekah akan dilakukan usai menjayakan Konsert Naga Kramat mereka yang telah pun ber langsung pada 22 Oktober lalu. SUMBER, GEMPAK
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.