“Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada,” kata pelakon Lia Natalia mengenai penampilan terbaharu yang dikongsikan di Instagram sempena ulang tahun kelahiran ke-30 pada 12 November lalu. Lia berkata, foto bertudung yang dikongsikan adalah ketika menghadiri satu acara keagamaan sekali gus menolak tanggapan orang ramai dirinya sudah berhijab.
“Saya memang nak bertudung tapi saya tak mahu perubahan itu dilakukan kerana saya mengikut trend atau fesyen serta melihat kawan-kawan bertudung. Saya nak keputusan bertudung ini biarlah muktamad dan selama-lamanya. Tetapi buat masa ini saya belum bersedia ke arah itu,” katanya.
Menurut Lia, dia terharu apabila ramai pihak yang mendoakan agar dirinya berhijab selain ada juga yang memuji penampilannya itu. “Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini. Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Hmetro Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.