Dalam diam, tiba-tiba penyanyi Najwa Latif mengumumkan dia sudah melangsungkan pernikahan dengan rakan duetnya iaitu Akwa Ariffin dengan sekali lafaz kira-kira jam 8:30 pagi Jumaat. Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat. Kakak kepada Najwa, Syafika Latif berkata, majlis yang berlangsung di daerah Batu Pahat, Johor itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Alhamdulillah Najwa selamat bernikah jam 8:30 pagi tadi dengan sekali lafaz sahaja. Majlis nikah pun berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan disebabkan kes CvdI9 tengah naik. Majlis persandingan pun akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja dulu, jika ada majlis lain kami akan maklumkan kelak,” katanya.
Difahamkan juga, majlis persandingan akan berlangsung pada sebelah petang di lokasi yang sama tempat pasangan itu dinikahkan. Terdahulu, pelantun Cinta Muka Buku itu memuat naik foto pernikahan di Instagram untuk tontonan umum. “Alhamdulillah, kami dah grad,” tulisnya secara ringkas.
Pada hantaran tersebut, Najwa dan Akwa dilihat manis mengenakan pakaian serba putih sambil merakam gambar di atas pelamin. Rata-rata peminat turut teruja dan meluahkan rasa syukur selain mendoakan agar pasangan itu bahagia hingga ke jannah. Sumber, Gempak
Ada Yang Tanya Kenapa Tak Sertai Pertandingan Nyanyian, Najwa Latif Tampil Dedah Apa Sebabnya Tak Sertai Pertandingan Tersebut
Najwa Latif sedar diri pakej dirinya tidak setanding penyanyi lain. Penyanyi yang telah lama tidak memunculkan diri atau bergerak aktif dalam industri seni pastinya akan disebut-sebut peminat untuk menyertai program Gegar Vaganza. Apatah lagi, umum mengetahui pertandingan itu sememangnya cukup sinonim mengembalikan penyanyi lama dan berpengalaman ke televisyen sekaligus bersaing merebut gelaran juara. Tidak hanya itu, platform berkenaan cukup baik untuk merancakkan kembali karier penyanyi yang sudah lama menyepi.
Bagi penyanyi Najwa Latif, dia mengakui sering mendapat pertanyaan sama daripada peminat apatah lagi dia kini dilihat menyepi daripada dunia hiburan ekoran sibuk dengan karier sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan. Najwa atau Imratul Najwa Latif, 27, bagaimanapun menjelaskan dia tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian kerana sedar akan kemampuan dirinya sebagai seorang penyanyi.
“Saya pernah menjawab soalan ini, saya akan jawab sekali lagi. Berkemungkinan besar saya tak masuk mana-mana pertandingan sebab saya tahu suara saya average (sederhana),” katanya. Najwa yang popular menerusi lagi Cinta Muka Buku itu berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan peminat di Instagram miliknya. Dalam pada itu, tidak hanya berasa rendah diri tentang kekuatan vokal, Najwa memberitahu dia sedar pakejnya sebagai seorang penyanyi tidak sehebat artis ternama lain.
Perkara itu juga membuatkan dia sedar diri dan lebih senang dengan caranya yang tersendiri. “Kalau tengok semua orang pun, pakej saya kalah jauh. Saya tak cantik macam penyanyi lain, saya tak bergaya. Saya tak pandai bergaul sangat. Kita sedar diri, baik kita tak payah (masuk)… buat hal kita sahaja,” katanya. Sumber, Mstar