Memang tak asing lagi semua dengan isu ini. Nama penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah belum lagi surut di media sosial selepas mendakwa golongan suami ‘dayus’ kerana membiarkan kemaluan isteri dilihat oleh doktor lelaki ketika bersalin.
Topik hangat itu turut menarik perhatian penceramah motivasi, Amin Idris untuk mengupas di akaun TikTok. Menerusi video yang dimuat naik, Amin mendakwa Siti Afifah tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain. Kata Amin, orang ramai perlu berhati-hati kerana dakwanya Siti Afifah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.
Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar. Kita kena hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading. Terbaru, mereka mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini dosa besar.
Doktor O&G tak ramai
Selain itu, pengacara tersebut menekankan dalam prinsip perubatan ada hukum umum dan pengecualian. Tegasnya, doktor lelaki menguruskan wanita bersalin diklasifikasikan sebagai darurat kerana ada dua nyawa penting yang perlu diselamatkan.
Soalannya adakah betul itu dayvs? Kita kena ingat, dalam hukum Islam ada prinsip hukum umum dan ada pengecualian. Betul! Prinsip umum doktor lelaki haram melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga doktor wanita, haram melihat aurat pesakit wanita. Namun kenapa boleh? Atas sebab darurat dan tujuan perubatan. Saya ada bertanya kepada para doktor dalam kalangan kawan. Dalam etika kedoktoran, ketika doktor lelaki menguruskan wanita bersalin mesti kena ada peneman.
Darurat ini bukan sekadar tak ada pilihan tetapi demi jaga nyawa. Bukan satu nyawa tetapi dua, anak dan ibu. Bila kita baca lebih sikit, bercakap atas landasan ilmu dan fakta, kita tak akan keluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Dalam pada itu, Amin, 41, berkata, tidak ramai wanita yang mampu memikul tanggungjawab sebagai doktor Obstetrik & Ginekologi (O&G) kerana memerlukan kudrat yang banyak.
Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki. Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang, beban yang luar biasa dasyat. Tak semua wanita mampu untuk memikul. Oleh demikian, disebabkan itu timbul soal darurat. Di mana para suami tidak ada pilihan.
Dan dicadangkan wajib suami simpan duit demi hantar isteri ke hospital swasta. Amboi senang cakap. Tau tak sekarang ini, rakyat Malaysia masih ramai yang struggle, tak ada kerja tetap, masih mencari-cari rezeki. Tetiba nak suruh simpan duit. RM4,000 itu harga dulu, sekarang mana dapat! Sumber, oh bulan