Baru baru ini Pelakon Puteri Sarah Liyana, 37, memaklumkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah menetapkan tarikh perbicaraan kes saman terhadap wanita yang didkwa mengganggu rumah tangganya bersama pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, tahun hadapan. Ia sekali gus menjawab persoalan selepas bapa Ira iaitu Kazar atau Kazaruddin Saisi memberi kenyataan berharap mereka dapat berdamai. Puteri Sarah berkata, dia tidak akan menarik balik dkwaan dan tetap mahu kes itu diselesaikan mengikut landasan undang-undang.
Apa yang pasti, saya tidak akan menarik balik dkwaan dan meneruskan sehingga perbicaraan. Memang proses agak lambat sebab mahkamah sibuk, tetapi saya sudah dapat tarikh perbicaraan pada 25, 28 dan 29 Ogos, tahun depan. “Walaupun perbicaraan tahun hadapan, perintah injuksi interim tetap berjalan. Sesiapa ingkar perintah, tetap akan kena dakwa. Tampil sebagai tetamu jemputan dalam rancangan bual bicara yang diacarakan oleh Neelofa, Puteri Sarah Liyana nampak tenang berkongsikan cerita. Dalam rancangan ini pelakon dan model tersebut berbuat perihal masak untuk suami ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang lalu.
Menurut Puteri Sarah Liyana, dia pada awalnya tidaklah pandai memasak sangat. Namun disebabkan PKP kemahiran memasak diasah dan dia rasa sangat seronok dapat menjamu suaminya dengan pelbagai menu masakan seakan seperti restoran. Apatah lagi bila masakannya itu menerima pujian dari suaminya, Syamsul Yusof. Bagaimanapun rakaman yang dimuat naik menerusi akaun IG MeleTop ini meraih perhatian ramai apabila di hujungnya Neelofa bertanyakan satu soalan telah jadi perhatian warganet. Klik sini untuk lihat video.
Nantikan jawapan dari Puteri Sarah Liyana mengenainya dalam episod penuh Next To Neelofa yang ditayangkan setiap Sabtu, 10 malam di Astro Ria. Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warganet tinggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian itu seperti berikut. “Begitulah hati seorang perempuan. Wanita tidak mau berhenti bicara ketika bahagia. Semoga baik-baik saja for both of you”. “Sedihnya statement last tu. Moga hubungan Sarah dan Sol kembali utuh.Semoga kembali bersatu Sarah dan husband”.
Sumber, BH/HCL. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.