Luka jahitan masih belum kering, Rizky Billar tampil nafikan isteri hamil anak kedua

Spekulasi Lesti Kejora hamil anak kedua berakhir selepas suaminya pelakon Rizky Billar tampil menafikan perkara tersebut. Enggan khabar angin tersebut berlarutan, Rizky berkata, kesan luka jahitan ketika bersalin anak pertama mereka belum pun sembuh sepenuhnya.

“Belum hamil, jahitan lama masih belum kering,” ujarnya. Pelakon dan pengacara itu juga menambah, isterinya tidak mengalami sebarang simptom wanita hamil dan yakin dia belum berbadan dua. Bahkan mereka juga belum merancang untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

“Tanda-tanda apa? Adakah kamu doktor? Kamu hanya wartawan bukan siapa-siapa,” ujarnya kepada media. Lesti melahirkan anak pertamanya Muhammad Leslar Al-Fatih Billar pada 26 Disember lalu pada usia kandungannya lapan bulan.

Terdahulu, khabar angin mengenai kehamilan Lesti tercetus selepas penyanyi dangdut itu membuat kejutan apabila menarik laporan polis terhadap suaminya yang didkwa melakukan kekerasan rumah tangga. Lesti kemudian mengambil keputusan berdamai dengan Rizky.

Beberapa rakaman yang tersebar dalam akaun gosip memperlihatkan pasangan itu kembali mesra sehingga menjadi bualan apabila warganet mendkwa perut Lesti kelihatan buncit. Sebelum ini, Lesti membuat laporan polis dan mendkwa dipvkul suaminya pada 28 September sekitar pukul 1.51 pagi waktu Indonesia Barat di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.

Penyanyi lagu Sekali Seumur Hidup itu mendkwa suaminya berlaku cvrang sehingga berlaku pergdvhan antara mereka. Rizky didkwa bertindak agresif dengan memvkul dan menc.3kik isterinya sehingga terjatuh ke lantai.

Untuk rekod, pasangan itu melangsungkan pernikahan secara langsung menerusi siaran televisyen pada 19 Ogos tahun lalu. Tetapi majlis akad nikah mereka diibaratkan sebagai lakonan semula kerana pasangan itu didkwa telah menikah sejak awal tahun 2021. Sumber, K!Online

Exit mobile version