Memang tak asing lagi kita dengan penyanyi wanita popular negara jiran ini. Foto perut BCL jadi perbincangan hangat warganet. Nama penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet di Indonesia gara-gara perutnya kelihatan buncit. Memetik laporan Insertlive, ramai membuat spekulasi penyanyi itu sedang hamil ekoran perutnya jelas kelihatan besar ketika mengenakan baju T putih yang dipadankan dengan seluar leging. Gambar BCL dirakam ketika penyanyi itu sedang menjalani sesi pemeriksaan suara di sebuah konsert di Medan, Sumatera Barat.
Perut buncit BCL jadi bualan warganet.
Lebih hangat, ada segelintir percaya BCL sedang hamil dan mengaitkan nama vokalis kumpulan Noah iaitu Aeril yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan penyanyi tersebut. “Semakin besar perut BCL. Dia dengan Aeril, kan? Kita tunggu beberapa bulan lagi,” komen warganet.
Bagaimanapun, ada mendakwa bentuk perut penyanyi berkenaan sememangnya sedikit buncit dan ramai menyangkal BCL sedang hamil. “Perut aku pun akan buncit kalau banyak makan. Perut dia memang macam itu daripada dulu lagi. “Mungkin dia sedang bahagia dan banyak makan, tak salah pun perut buncit,” komen warganet lagi. Sumber, mstar
Kerinduan tak berpenghujung. Itulah yang boleh diungkap mengenai selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL, 38, yang tidak pernah lupa pada suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair. Melalui perkongsian beberapa foto di Instagramnya ketika menziarah pusara Ashraf dua hari lalu, BCL yang ditemani anak tunggal mereka, Noah Sinclair kelihatan semakin kuat.
Malah, menerusi kapsyen yang ditulis, BCL memulakan dengan ucapan, ‘Visiting Daddy’ berserta emoji hati berwarna merah. Namun, apabila membaca luahan ditulisnya cukup mendalam meskipun ringkas. “Sudah dua tahun sejak kamu pergi. Hidup ini tidak sama tanpa kamu di sini. Tapi, kita hanya menyesuaikan diri dengan menjalani hari-hari yang lebih baik. “Kita lebih bahagia sekarang dan diharapkan kamu juga. Terima kasih untuk semua cintamu, daddy. Kita sangat merinduimu dan mencintaimu selalu,” tulisnya.
Terdahulu, Ashraf yang berasal dari negara ini bertemu jodoh dengan BCL pada 2008. Namun, Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 lalu akibat serangan jantung. Bagaimanapun, kelihatan rasa rindu BCL dan Noah terhadap arwah Ashraf, 42, terlalu dalam. Namun, wanita cekal ini tetap bersemangat dan berusaha bangkit membina kehidupannya bersama anak tersayang.
Meskipun tidak dapat menghindar daripada gosip kerana kehidupan sebagai insan seni dikenali ramai di Indonesia mahupun Malaysia, BCL tetap tenang menghadapinya. Terus aktif dalam kerjaya di dunia hiburan sebagai penyanyi dan pelakon. BCL juga mendapat tawaran menjadi juri untuk program pencarian bakat nyanyian seperti Indonesian Idol. Sumber, harian metro