Lepas hampir setahun solo, kali ni Siti Saleha akui tengah rapat dengan jejaka kacukan

Pelakon cantik, Siti Saleha Mohd. Baharum mengakui sedang rapat dengan seorang jejaka selepas hampir setahun kembali solo setelah berpisah dengan bekas suami,  Ahmad Lutfi Azhar. Memetik laporan dari Kosmo! Siti Saleha memaklumkan yang jejaka berkenaan merupakan seorang lelaki berdarah kacukan sama sepertinya. Walau bagaimanapun, dia menjelaskan hubungan mereka masih di fasa awal dan masing-masing sedang mengenali hati budi. Tambahnya, buat masa ini dia belum sedia untuk mendedahkan gerangan insan yang berjaya jadi hatinya namun kenalan rapat serta keluarga sudah tahu.

“Nanti saya kongsi dalam Instagram hanya apabila saya benar-benar sudah bersedia. “Sungguhpun begitu, kawan-kawan yang rapat dengan saya tahu tentang hal ini walaupun saya tak kongsi gambar apa. “Bila-bila masa sahaja nanti, saya akan tunjuk muka dia (teman lelaki),” katanya. Bercerita tentang teman istimewanya itu, Siti Saleha memaklumkan yang dia seorang lelaki yang baik. Dia juga dengan nada berseloroh memaklumkan jejaka terbabit kacukan sama sepertinya. “Tiada apa yang serius sangat pun. Maksud saya, saya sedia berkawan. He’s a nice guy (dia seorang lelaki yang baik),” 

Ya Tuhan, saya macam dah cakap habis semua dah (ketawa). Dia mix (berdrhh kacukan). Sama macam saya. Orang putih. Kacukan juga.” ujarnya. Untuk rekod, pelakon drama 7 Hari Mencintaimu itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 namun bercerai empat tahun kemudian. Sumber: Kosmo! (Mohd Haikal Isa). PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version