Tony Fernandes telah meletak jawatan sebagai CEO Air Asia, ianya berkuat kuasa mulai semalam

Tan Sri Tony Francis Fernandes meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa semalam. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Fernandes mempunyai komitmen lain.

Makluman itu tidak memberikan sebarang alasan lain untuk peletakan jawatan tersebut. AAX melantik semula Fernandes sebagai CEO Kumpulan pada Julai 2022. Sumber, Gempak

Bangga berjaya goreng telur, Leona akui telah tonton banyak video tutorial sebelum lakukannya dan ramai tampil puji

Leona belajar memasak apabila hidup diperantauan. Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona berkongsi rasa teruja berjaya menggoreng telur tanpa bantuan sesiapa. Mengakui tidak tahu menggoreng telur, Leona, 20, berkata dia menonton video tutorial terlebih dahulu sebelum menyediakan hidangan itu. “Saya harap ia berjaya, saya sudah membeli sepapan telur dan akan menikmatinya bersama roti bakar,” katanya. Kasih Leona berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Dalam rakaman tersebut, Leona menunjukkan reaksi teruja apabila berjaya memecahkan telur dikuali dan menikmati hidangan tersebut.

Leona kini berada di UK untuk melanjutkan pelajaran.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini juga kelihatan seperti teragak-agak untuk memasak dan menunjukkan reaksi bimbang melihat telur berkenaan ‘meletup’ dalam kuali. Malah, dia sempat berseloroh menggelarkan dirinya sebagai seorang chef.

Sementara itu, rata-rata warganet memberikan komen sokongan terhadap Leona serta memberitahu selepas ini pasti dia akan lebih pandai memasak. “Lepas ini Leona boleh cuba masak benda lain pula. Paling penting kamu semangat nak belajar. Tak mengapa Leona, good job! Ada bagusnya duduk di perantauan sebenarnya. Belajar kemahiran baharu dan berdikari. Saya pasti selepas ini Leona akan pandai memasak bila dia habis belajar nanti sebab dia akan lebih banyak memasak selepas ini,” tulis warganet.

Ramai warganet memberi semangat buat Leona untuk terus belajar memasak.

Untuk info, Leona kini sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di sebuah universiti di United Kingdom. Menurut bapanya, ini merupakan waktu terbaik bagi anaknya berhijrah menuntut ilmu di luar negara dan berubah menjadi individu yang lebih baik selepas ini.

Exit mobile version