“Alhamdulillah saya sudah sihat… selepas terima rawatan di bumi Madinah,” kata Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias. Mohd Kazim berkata, kesihatannya kini bertambah baik selepas membuat rawatan alternatif di bumi Madinah September lalu. “Saya pergi ke Madinah untuk mendapatkan rawatan dan Alhamdulillah saya sudah sihat sepenuhnya. “Selepas mendapat rawatan selama empat hari di sana, seolah-olah keajaiban apabila wajah saya tidak lagi luka dan berdrh secara tiba-tiba serta tidak lagi perlu memakai topeng untuk pergi berceramah sebelum ini,” katanya kepada sidang media khas di Kompleks Darul Barakah, Manjoi di sini hari ini.
Beliau berkata, rawatan alternatif di buat bersama di dua lokasi oleh dua pakar di kawasan Badar, Madinah. “Sebelum ini saya menerima tawaran dari enam pakar di India, satu pakar di London dan di Madinah, namun saya memilih untuk membuat rawatan di Madinah. “Saya menerima rawatan alternatif menggunakan air dari telaga Nabi Muhammad S.A.W yang masih wujud di Badar,” katanya sambil memaklumkan akan mengadakan ceramah agama di beberapa lokasi di Kuantan esok dan turut menerima jemputan berceramah di Selangor pada Selasa. Beliau turut mengulas berhubung perdebatan dan dakwaan warganet yang mengatakan dirinya tiba-tiba menjadi sihat sebaik menerima tawaran menjadi calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)
“Ada yang mengatakan dalam masjid sakit… sewaktu dapat tawaran (calon) sihat pula. Sebenarnya kalau orang bercakap sedemikian mengikuti aktiviti seharian, saya sekarang sebenarnya memang sudah sihat. “Cacian dan makian itu tidak menjejaskan saya. Kalau orang kutuk dan maki berkilo-kilo dalam media saya tidak simpan dalam hati. Tidak apa kerana saya sudah lama dalam berdakwah, sudah memahaminya. “Cuma saya berharap janganlah mencaci, mencerca dan membenci sangat, gunakanlah tutur kata yang baik kerana habis pilihan raya kita semua berjumpa juga di masjid, surau, pasar,” katanya memaklumkan hampir seribu orang yang hadir semalam bertanyakan keadaannya susulan isu yang melanda.
Dalam pada itu, beliau berkata tidak menjadi keberatan untuk membantu abangnya bertanding dalam pilihan raya namun dalam bentuk memberi ceramah agama tanpa berlatarkan bendera parti. Katanya, jika sebelum ini pelawaan Presiden BN mewakili parti menjadi calon atas dasar membantu masyarakat dalam bentuk dakwah, maka selepas prinsip sebagai pendakwah akan tetap diteruskan. “Kalau Najmuddin nak minta tolong kempen, saya minta maaf dan kalau Shafiq nak minta tolong kempen menggunakan logo BN pun saya minta maaf.
“Tetapi kalau mereka menjemput saya atas tiket sebagai pendakwah biasa dan tidak ada bendera mana-mana parti di belakang saya terima, sebab waktu inilah saya nak mengajak orang berkasih sayang,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, HM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.