Ada individu yang tegur badan nampak berisi, Uyaina Arshad luah rasa sedih sebab ni

Semalam pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah mengadakan sesi soal jawab bersama para pengikutnya di ruangan ‘Ask Me Question’ di Instagram. Antara soalan yang diterima oleh Uyaina adalah mengenai perubahan bentuk badannya selepas bersalin anak pertama. Menurut Uyaina, dia juga sedar tentang perubahan tersebut dan ia juga membuatkan dirinya berasa agak sedih. “Paling menyedihkan, ini adalah benar. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” tulisnya.

Jelas pengacara program Wanita Hari Ini itu lagi, dia kini sedang berusaha untuk kembali mendapatkan tubuh badan yang ideal. Bagaimanapun, dia juga faham mengenai kesan-kesan yang akan berlaku selepas bersalin secara operasi. “Sekarang dah dua bulan selepas bersalin. Susah juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik walaupun jaga makan. “Tapi perlahan-perlahan lah terutama sekali sebab saya bersalin secara operasi. Beza dengan lahir normal. Tapi tak mengapa. Slowly but surely,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran 21 Disember tahun lalu. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulong yang diberi nama Raja Ulhan. Raja Ulhan telah selamat dilahirkan secara pembedahan pada 8 September lalu. Sumber, mh. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version