Siapa tak kenal dengan pendakwah ini. Pendakwah bebas, Ebit Lew dilihat membuat perkongsian di media sosial mengenai seorang penghantar makanan yang terpaksa membawa anaknya ketika bekerja.
Hadiahkan Sebuah kereta
Menerusi hantaran di Instagram, Ebit Lew menceritakan bahawa dia telah menghadiahkan sebuah kereta buat ibu tunggal, Azimah Rahim untuk keluar bekerja menghantar barang dan makanan. “Hadiahkan kereta buat ibu tunggal Azimah Rahim yang tular kerja menghantar makanan sambil mengendong anak kurang upaya buta.
Menangis akak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan kata, ya Allah anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.”-Kongsi Ebit
Telah Cari & Bayarkan Sewa Bulanan Rumah Sejak 11 Bulan Yang Lalu
Jelas Ebit, pihaknya sebelum ini telah mencarikan rumah dan membayarkan sewa bulanan rumah buat ibu tunggal tersebut sejak 11 bulan yang lalu. “Syukur pada Allah, 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ni dan anak kecilnya sehingga kini.
Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tidak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.”-Tulis Ebit. Sumber, murai
Kejadian yang tak diingini menyayat hati yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan , berhampiran Sedenak baru-baru ini menimbulkan rasa pilu orang ramai selepas tular video seorang suami yang merintih sayu melihat isterinya berada dalam kenderaan yang sedang marak terbkr.
Hadir Ziarah Suami & Keluarga Arwh
Terkini, pendakwah bebas, Ebit Lew membuat perkongsian di media sosial yang hadir menziarahi suami, ibu bapa dan keluarga arwh Nurul Nazihah. “Sebak rasa ziarah suami, ibubapa dan keluarga arwh Nurul Nazihah yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini kereta terbkr baru-baru ini. Arwh dan keluarga baru seminggu balik Umrah dan menziarahi Nabi Muhammad SAW.”- tulis Ebit.
Sangat Menjaga Solat & Suka Kongsi Nasihat Agama
Tambahnya lagi, pendkwah bebas ini meluahkan rasa sebak selepas keluarga arwh berkongsi amalan arwh Nurul Nazihah yang sangat menjaga solat sejak remaja sehinggalah ke alam perkahwinan. “Kata mereka walau kereta terbakar tetapi jnzh sempurna. Dengar amalan baik arwh. Dari remaja sehingga kahwin paling jaga solat dan suka berkongsi nasihat agama dengan keluarga. Menangis mendengar kisah baik arwh ini.”-Kongsi Ebit. Di akhir hantarannya, Ebit Lew turut menitipkan doa agar suami dan keluarga arwh agar terus kuat dan tabah di atas ujian yang berlaku. Sumber, Murai.my