Zaiton Sameon dedah terima kad kurang upaya selepas 3 dekad, sekali Zaiton dedahkan apa yang buat dia rasa bersyukur selepas ada kad kurang upaya

Penyanyi veteran, Zaiton Sameon, 66, lega selepas menerima status Orang Kurang Upaya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. Zaiton atau lebih mesra disapa Kak Eton berkata, status kurang upaya memudahkannya memohon Program Perumahan Rakyat (PPR) berikutan tiada pendapatan tetap.

“Sekarang, saya menyewa di Ampang bersama anak angkat saya, Ikah dengan sewa bulanan RM800. Dengan tiada pendapatan tetap dan ‘show’ semakin berkurangan, saya terbeban untuk membayar sewa bulanan hingga pernah terlewat melunaskannya. Sebelum ini, saya pernah mohon PPR tetapi ditolak atas alasan tiada pendapatan tetap.

“Dengan adanya status kurang upaya yang diberi JKM, saya lega kerana memudahkan permohonan memiliki rumah PPR,” katanya ditemui pada majlis penyerahan kad kurang upaya oleh Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh.

Sementara itu, Che Samsuzuki berkata, Zaiton dikategorikan kurang upaya fizikal kerana mengalami travma kecdraan otak akibat kejadian yang menimpanya, lebih tiga dekad lalu. “Zaiton layak diberi status kurang upaya berdasarkan keadaannya sekarang selain mendapat pengesahan doktor,” katanya.

Pada 1990, Zaiton terbabit dalam kejadian ngeri yang tak diingini yang mengakibatkan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, terk.0rban pada usia 13 tahun. Luka teruk yang dialami penyanyi yang melakar nama pada 1987 itu menyebabkan Zaiton terlantar k.0ma di hospital selama tiga bulan. Sumber, Bharian Online

Exit mobile version