Penyanyi Zamani Ibrahim sekali lagi berdepan dugaan apabila kali ini kehilangan abangnya, Zulfazil Ibrahim yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.30 malam tadi. Allahyarham pergi buat selamanya pada usia 57 tahun berikutan kegglan bu.4h p.1nggang.
“Dukacita saya dan keluarga ingin memaklumkan bahawa abang saya telah menghembuskan nafas terakhir baru semalam. Mohon dapat sedekahkan al-Fatihah dan doakan urusan arwh dipermudahkan,” kongsinya dalam laman sosial.
Allahyarham yang mempunyai sejarah sakit sejak beberapa tahun lalu itu pergi buat selamanya di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Sebelum ini, Zulfazil berkesempatan melawat adiknya itu ketika bakal penyanyi tersebut menjalani operasi membetulkan tulang belakang melengkung di sebuah pusat perubatan di Cheras pada 7 November lalu.
Hubungan dua bersaudara itu sangat rapat apatah lagi selepas pemergian salah seorang adik-beradik mereka iaitu kakak kepada Zamani. Terdahulu, Zamani pernah menyuarakan rasa pilu sebaik kehilangan kakak tersayang, Zuraidah yang juga ibu kepada penyanyi rap, Zynakal pada 26 September 2020.
Katanya, selepas ketiadaan kakaknya itu bermakna dia dan Zulfazil kini hanya tinggal dua beradik. Sementara itu, jasad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman Kg Melayu Subang, sekitar pukul 10 pagi tadi. Sumber, K!Online
Dah tak bongkok lagi, isteri tampil dedah Zamani sudahpun dibenarkan pulang ke rumah
Tiga hari ditahan dalam wad usai operasi membetulkan tulang belakang melengkung akibat sakit skoliosis, penyanyi Zamani Ibrahim kini dibenarkan pulang ke rumah. Perkembangan terkini penyanyi berusia 51 tahun itu dikongsi isterinya, Nur Juliana Abd. Rani. “Assalamualaikum semua, alhamdulillah Zamani telah dibenarkan keluar hospital pada petang ini,” katanya dalam satu kiriman mesej kepada Kosmo! Online.
Juliana turut berkongsi berita gembira tersebut dalam Instagram yang disertakan video Zamani sedang berjalan dalam keadaan tegak sambil diiringi jururawat. Keadaan vokalis Slam selepas menjalani prosedur tersebut sangat berbeza kerana sebelum ini pergerakannya terbatas disebabkan tulang membengkok berbentuk S yang membuatkan fizikalnya menjadi bongkok.
Menerusi mesej sama, pasangan suami isteri terbabit turut menzahirkan penghargaan buat semua pihak yang membantu melancarkan urusan hingga dapat menjalani operasi termasuk kepada ikon penyiaran, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil.
“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, pasukan operasi dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity. Terima kasih juga kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang beliau menjalani operasi sehingga ke hari ini. Kepada Pak Nil, semua peminat, pihak media dan penyumbang dana, segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” katanya.
Terdahulu, penyanyi Gerimis Mengundang yang berhadapan sakit skoliosis sejak tahun 2015 menjalani operasi membetulkan tulang belakangnya pada 7 November lalu. Prosedur operasi yang dilakukan di sebuah pusat perubatan di Cheras itu mengambil masa hampir tujuh jam untuk disempurnakan.
Selain perlu menjalani rawatan susulan, zamani juga perlu melakukan latihan fisioterapi untuk cepat sembuh. Proses penyembuhan hanya mengambil masa antara dua hingga empat minggu. Difahamkan Zamani harus mendapatkan rehat sehingga tiga bulan sebelum boleh kembali aktif dalam arena seni suara. Sumber, K!Online