Selamba je individu ni parking van macam ni, nak cop parking punya pasal sampai buat garaj tengah jalan

Tidak perlu ditekankan lagi kalau kita hidup berjiran kita haruslah sentiasa menjaga adab kita sesama jiran tetangga dan bertolak ansur. Baru-baru ini telah tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan aksi ‘cop parking’ yang berlaku di sebuah kawasan perumahan, namun perkongsian terbaharu ini telah memeranjatkan warganet. “BANGSAL DI TENGAH JALAN” Pelik tapi benar.Lagi kes luar biasa. Bangsal diletakkan di tengah jalan bagi tujuan parkir…. Menerusi hantaran berkenaan, sebuah van dilihat selamba parkir di tengah-tengah jalan di sebuah taman perumahan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, pemilik van tersebut siap membina bangsal yang berbumbung untuk memastikan kenderaannya terlindung seperti berada di dalam sebuah garaj. Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan terbabit turut menggunakan jaring hitam untuk menutup kawasan sekeliling bangsal serta meletakkan penghadang jalan dan kon berhampiran kawasan bangsalnya. Kejadian yang luar biasa ini dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan di Kuantan, Pahang dan sehingga kini hantaran di Facebook itu telah meraih sebanyak 1.3K tanda suka daripada warganet.

Difahamkan pihak PBT, Majlis Bandaraya Kuantan telah mengeluarkan notis arahan pengalihan dan tindakan susulan bakal diambil jika gagal mematuhi notis berkenaan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa pelik melihat tindakan pemilik van tersebut yang sanggup membina bangsal di tengah-tengah jalan dan ada juga di antara warganet yang menyokong tindakan PBT agar mengalihkan kenderaan tersebut dengan kadar segera.

Sumber, Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version