Sekeping foto yang dikongsikan pelakon dan pelawak, Zizan Razak pada Isnin jadi perhatian wargamaya. Menerusi Instagram, Zizan memuat naik foto yang dirakam berdua bersama hos, Hawa Rizwana yang lengkap bertelekung. “Harap semua bertenang. Nanti kami akan war warkan. Kami janji,” tulis Zizan pada ruangan kapsyen. Meski mereka dipercayai sedang terbabit di dalam satu projek seni bersama, namun muat naik foto terbabit pantas menerima reaksi pelbagai peminat. Malah, ada di antara rakan artis yang turut berseloroh, tinggalkan komen mengusik buat keduanya.
Sehingga kini, hantaran terbabit sudah pun menerima lebih 56,000 komen. Sumber, MH. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Zizan Razak dedah mahukan waktu rehat yang lebih cukup selepas ini, Zizan akui duit yang banyak tak menjamin kesihatan diri. Memang tak asing lagi kita dengan nama terkenal ini. Zizan kini lebih mengutamakan kesihatan. Menjadi seorang bintang terkenal seperti Zizan Razak tidak semudah yang disangka kerana di sebalik populariti yang diraih banyak perkara terpaksa dikorbankan oleh pelawak dan pelakon berkenaan. Zizan, 38, berkata, dia pernah melalui fasa yang mana dia terlalu memberi fokus kepada karier yang memerlukan komitmen tinggi sehingga mengabaikan nikmat paling penting iaitu kesihatan.
Dedah pelakon filem Abang Long Fadil 3 ini, dia pernah mengalami kebimbangan melampau (anxiety) sehingga menerima rawatan selain menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN). “Kerja kuat sekalipun, kesihatan kena jaga, tidur perlu cukup. Saya sudah lalui ketika terlalu sibuk bekerja sehingga abaikan kesihatan. Rambut sampai gugur akibat tak cukup tidur.
Zizan bangga dengan hasil ALF3 yang turut menampilkan pelakon Maya Karin. Kata Zizan pada mStar “Ada kerja yang beri bayaran lumayan tetapi hujung-hujung saya sendiri tertekan dan mengalami anxiety. Banyak duit sekali pun kalau tak sihat, tidak berguna. “Saya pernah ke IJN kerana takut ada masalah jantung tetapi Alhamdulillah doktor beritahu saya sihat dan menasihatkan agar saya mendapatkan rehat mencukupi,” katanya kepada mStar. Zizan ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Abang Long Fadil 3 (ALF3) yang berlangsung di TGV, KLCC baru-baru ini. Dalam pada itu, Zizan berkata, ekoran itu juga dia lebih selektif terhadap tawaran yang diberikan selain tegas tentang jadualnya.
Banyak duit sekali pun kalau tak sihat, tidak berguna. Kata Zizan lagi “Sekarang saya memang memilih kerja dan demand dalam hal berkaitan waktu. Bukan tak boleh tolak ansur cuma jika boleh biarlah balik awal kerana waktu tidur itu penting. “Saya minta pihak pihak pengurusan supaya dapatkan kerja yang tidak terlalu lewat. Saya juga tidak mahu susahkan diri sendiri kalau sakit dan menggangu kerja orang lain.
Barisan pelakon Abang Long Fadil 3 ketika tayangan perdananya baru-baru ini. Luah Zizan lagi “Kalau tak boleh terima dengan waktu kerja saya, tidak mengapa. Saya percaya ada rezeki lain akan datang,” ujarnya. Sementara itu, bercakap tentang Abang Long Fadil 3, Zizan berbangga dengan hasil kerja pengarahnya, Syafiq Yusof yang disifatkan berjaya memberi kelainan dalam pelbagai sudut filem tersebut. Malah kata Zizan, segala kepenatan dan pengalaman ketika penggambaran dianggap berbaloi sehingga menitiskan air mata saat pertama kali menonton trailer naskhah berkenaan.
Zizan bergandingan dengan Johan dalam Abang Long Fadil 3. Katanya lagi “Saya sangat puas hati. Tengok trailer pun sudah mengalirkan air mata. Syafiq berjaya bawa filem ini seperti sebuah karya antarabangsa. “Banyak cabaran yang dilalui sepanjang penggambaran. Saya pernah terlibat dalam kemalangan selepas pulang lewat kerana terlalu penat dan mengantuk. Semua yang dilalui itu berbaloi,” ujarnya. Filem terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw ini bakal mula ditayangkan pada 8 September. Sumber, mstar