SELEPAS membuat pendedahan diganggu bekas suami iaitu Pencetus Ummah (PU) Abu, usahawan Hana Azraa akhirnya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kubang Pasu, Kedah pada Ahad. Selain Abu, Hana atau nama sebenarnya Nurhanah Azra Mohd Zakir turut membuat laporan terhadap isteri pertama iaitu Ain Afini dan meminta wanita itu supaya tidak masuk campur dalam urusannya. “Saya tidak boleh ceritakan secara terperinci tentang laporan berkenaan. tetapi apa yang boleh dikatakan laporan pertama adalah meminta Ain tidak masuk campur kerana semua perkongsian saya di media sosial adalah berkaitan saya dan Abu.
“Dalam masa sama saya juga membuat laporan supaya Abu berhenti mengganggu saya,” katanya. Hana sebelum itu menerusi Instastory mendedahkan Abu sering menghubungi dan cuba memujuk untuk kembali bersama selepas mereka berpisah pada 2020. Sementara itu, Hana memberitahu dia pernah bertemu Abu bagi menyelesaikan segala kemelut, namun ianya tidak menemui titik noktah apabila pendakwah itu masih berharap untuk kembali bersama. Hana juga mendakwa bekas suaminya itu culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan jarang bertanya khabar mengenai anak mereka iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia tiga tahun.
“Bukannya kami tidak pernah duduk berbincang. Malah pernah menggunakan orang tengah seperti keluarga sendiri. Hasilnya sama sahaja. Masalah tidak akan selesai kalau dia masih utamakan perasaan mahu saya kembali. “Soal nafkah anak pun ikut mode dia. Kalau dia nak dia akan beri. Ikut suka hati dia sahaja. Sebab itu apa yang saya buat sekarang ini adalah untuk perjuangkan hak Mateen. Itu adalah anak dia,” jelasnya. Dalam masa sama, Hana turut meminta Abu memberikan kerjasama dan segera menyelesaikan kes perpisahan mereka di mahkamah.
“Lafaz pisah di luar mahkamah memang sudah buat cuma belum dapat pengesahan mahkamah. Susah hendak berurusan sebab dia jarang berada di Malaysia. Saya harap dia boleh beri kerjasama baik. “Tak mungkin untuk saya kembali sebagai isteri Abu. Saya bahagia sekarang ini dan tidak mahu terlibat dengan kehidupan yang pernah dilalui sebelum ini,” ujarnya. Untuk rekod, Abu dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan berpisah setahun kemudian. Abu juga pernah lepaskan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum kembali rujuk dengan Ain dua minggu selepas perkahwinan keduanya itu. Hasil perkahwinan dengan Ain pada 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, dan Muhammad Aryan ‘Afi.
Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Tular pasal Hana Azraa dan Pu Abu, tak boleh berdiam sekali ini respon isteri pertama dia lepas 4 tahun bersabar. ISTERI pertama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini tampil mengulas isu membabitkan suaminya dan Hana Azraa. Menerusi perkongsian di Instastory pada Ahad, Ain meminta agar tiada mana-mana pihak menghantar sebarang berita kepadanya berhubung perkara itu. Kata Ain, dia tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan warganet itu. “Tidak perlu sampaikan apa-apa kepada saya. Tak berminat untuk saya ambil tahu. Dia rasa okay untuk dedah dan biarkan dia.
“Awak baca sebagai ‘pengganggu’ dan saya baca sebagai ‘suami dan isteri’. Kenapa? Sebab tiada keputusan rasmi daripada hakim,” katanya. Tambah Ain, dia sudah cukup bersabar selama empat tahun ini dan meminta agar dirinya tidak diganggu lagi. “Saya tak layan orang psiko. Cukup empat tahun. Awak lapar perhatian? Awak dah dapat. Tapi kenapa empat tahun lalu awak tak buat benda sama sewaktu nak jadi madu. “Jangan jadi seseorang yang suka screenshot dan jadi penyampai. Kelebihan apa awak dapat? Kalau awak ganggu kesihatan mental saya lagi, saya tidak teragak-agak untuk melibatkan pihak berwajib sekali lagi,” ujarnya.
Sebelum ini, Hana berkongsi paparan skrin mesej yang dipercayai luahan rasa rindu Abu terhadap dirinya. Perkara itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang Hana yang turut meminta agar bekas suaminya itu tidak lagi mengganggunya. Usaha untuk mendapatkan penjelasan Abu berhubung isu ini masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab. Untuk rekod, Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 28, dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina musnah selepas setahun mereka berkahwin. Kontroversi melibatkan PU Abu bermula apabila dia melepaskan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum mereka kembali rujuk dua minggu selepas perkahwinan keduanya. Hasil perkahwinan dengan Ain sejak 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, dan Muhammad Aryan ‘Afi. Kredit, mstar.