Kecoh pasal isteri bekas pemain bola di kedai mamak, tak sangka rupanya ini punca benda ni jadi

BELUM reda isu bergelar isteri kedua kepada Datuk Zainal Abidin Hassan, penyanyi Fyna Jebat terpalit pula dengan kontroversi selepas didakwa terlibat dengan prblahan bersama madunya iaitu isteri pertama bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an itu pada awal pagi Isnin. Kejadian itu dipercayai berlaku selepas Fyna dikatakan singgah di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam selepas selesai mengadakan persembahan Famili Duo siaran TV3. Sumber memberitahu, kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

“Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu kena srng dengan isteri pertama. Fyna mengakui sudah berkahwin dengan Zainal. “Apa yang saya dengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kesat sebelum kedua-duanya berprng mulut,” kata sumber itu. Dalam pada itu, menerusi kenyataan kepada wartawan Majoriti, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku prblahan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal berkenaan. Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Kesksn dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

“Pengadu kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.18 pagi Isnin sejurus selepas kejadian tersebut,” katanya. Dalam pada itu, Iqbal juga memberitahu isteri pertama Zainal dikatakan menarik rambut madunya hingga membawa kepada pergdhn dan pertengkaran di luar premis berkenaan. Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi berkenaan kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya. Fyna enggan mengulas lanjut tentang perkahwinannya. “Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian tersebut disebabkan suspek berasa tersindir dengan kenyataan pengadu dalam program Famili Duo.

“Dia juga marah kepada pengadu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya,” ujar beliau. Bagaimanapun, usaha untuk menghubungi Zainal dan Fyna tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab. Sebelum ini Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, membuat pengakuan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC yang juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan. Enggan mengulas lanjut tentang perkahwinan tersebut, Fyna bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.

Zainal Abidin Hassan dan isteri pertamanya. Terdahulu, tular dalam TikTok pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an itu berkahwin dengan Fyna dan bukanlah berstatus duda. Zainal Abidin Hassan dan isteri pertamanya. “Bila pula Zainal tu duda,” demikian coretan dalam sebuah video dimuat naik dalam platform media sosial tersebut seraya memaparkan untaian foto Zainal bersama isteri pertamanya. Sehubungan itu, ramai yang berasa hairan mengapa Fyna tidak dikritik seperti Ira Kazar yang berkahwin dengan suami Puteri Sarah iaitu Syamsul Yusof sedangkan dirinya berkahwin dengan lelaki yang statusnya masih berstatus suami orang.

Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version