Sebelum ini, Ungku Ismail Aziz akui semakin rapat dengan rakan pelakon Nad Zainal lebih-lebih lagi lepas sebulan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat komplikasi paru-paru. Bagaimanapun ketika itu, dia memohon masyarakat lebih fokus mendoakan kesembuhan aktres tersebut berbanding soal hubungan peribadi mereka. May Allah ease everything. Kerap kelihatan bersama, status hubungan terkini pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz mula mencetus tanda tanya dalam kalangan warganet.
Bukan itu sahaja, perkongsian video yang memaparkan Nad dan Ungku sibuk berbincang bersama pengasas produk kecantikan menghangatkan lagi spekulasi tentang kedua-dua pelakon utama drama ‘Cina Buta’ ini. Muat naik klip video teaser nikah…ramai tertanya adakah Nad & Ungku Ismail dah kahwin? Sebentar tadi pula, mereka berdua turut memuat naik klip video teaser pernikahan yang sama di akaun Instagram masing-masing. Meskipun tidak ditayangkan muka, tetapi perkara yang paling mencuri tumpuan apabila kedua-dua pengantin saling berpegang tangan.
Perkara itu sekali gus mengundang persoalan, apakah Nad Zainal dan Ungku Ismail sudah hampir seminggu bernikah pada 23 Januari lalu. Desas-desus itu turut dikuatkan lagi, apabila Nad Zainal dan Ungku Ismail muat naik status IG Story serupa. Ia berhubung sabda Rasulullah S.A.W., mengenai kelebihan 2 insan yang saling mencintai kerana Allah S.W.T. Dalam pada itu.. Bekas suami Nad Zainal.. Ada muat naik gambar dan video bersama anak2 pula undang sebak.. Sumber, erin sakura
Sebelum masuk hospital sempat jumpa dengan Nad Zainal, kali ni bekas suami dedah keadaan terkini anak. Pelakon wanita, Nad Zainal dikhabarkan sedang kritkal dan dirawat di unit rawatan rapi sebab paru – paru berdrh. Berita tersebut dimaklumkan oleh rakan selebritinya, Ungku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya pada tengahari tadi. Terbaru, bekas suami Nad iaitu Muhammad Faliq Amiruddin memaklumkan bahawa pelakon tersebut ditidurkan atas beberapa faktor untuk memperbaiki pernafasan. Sebelum Nad dimasukkan ke hospital, Faliq ada bertemu dengan bekas isterinya di rumah dengan keadaan lemah. “Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia, perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.
“Tapi sebelum ini, saya sempat berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah. “Awalnya, saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulans,” ujarnya. Dalam pada itu, Faliq memaklumkan dia ada melawat dua anaknya iaitu Fahad Ibrahim (Yem), 6, dan Budi Kalsom (Som), setahun. “Anak – anak okay, buat masa ini di bawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadaan baik.
“Mereka pun tak berapa faham sangat.. Cuma Yem la ada rasa – rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans,” tambahnya lagi kepada Gempak. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, https://beritaawani.com/. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.