KHABAR angin pengacara dan usahawan Neelofa sedang sarat hamil anak kedua semakin bertiup kencang dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat. Spekulasi berkenaan kembali hangat diperkatakan apabila Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dilihat sedang mengusap perutnya yang jelas kelihatan sedikit membesar semasa memberi ucapan pada majlis ulang tahun pertama kelahiran anak lelakinya, Muhammad Bilal menerusi sebuah video yang dikongsi di laman sosial TikTok.
Perkongsian tersebut sekali gus meraih perhatian ramai yang rata-rata percaya Neelofa sedang hamil dan cuba menyembunyikan kehamilan keduanya. Teruja dengan apa yang dilihat, bekas pengacara program MeleTOP itu dibanjiri ucapan tahniah termasuk doa daripada peminat yang berharap urusan kehamilan kedua Neelofa berjalan lancar. “Tahniah Bilal akan jadi abang. Perut Lofa dah nampak tu. “Semua ibu yang mengandung memang auto usap perut bila hamil. Harap-harap kali ini dapat bayi perempuan pula. “Dah nampak perut memang sah mengandung, takkanlah Lofa perut buncit pula,” antara komen warganet.
Setakat ini, perkongsian video itu meriah lebih 600,000 tontonan dan 24,000 tanda suka. Bagaimanapun, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Neelofa atau suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, berhubung perkara tersebut. Untuk rekod, Neelofa dan Haris berkahwin pada Mac 2021 dan Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari 2022. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.