Lain daripada yang lain, pasangan pengantin ni gantikan bunga tangan dengan 4kg bawang

Pasti ramai yang tahu dan perasan bahawa kos sara hidup dan harga barang semakin meningkat, lebih-lebih lagi jika anda tinggal di ibu kota. Pada masa sekarang, harga makanan juga semakin mahal. Nampaknya isu harga barang mahal ini bukan hanya berlaku di Malaysia, ia juga berlaku di kebanyakan negara-negara lain termasuklah di Filipina. Itulah yang menyebabkan ada pasangan pengantin di negara tersebut yang memilih untuk menggunakan jambangan bawang sebagai ganti bunga tangan ketika majlis perkahwinan mereka.

Memetik laporan Philippines News Agency, pengantin perempuan yang dikenali sebagai April Lyka Biorrey-Nobis mengatakan dia dan pasangannya bersetuju untuk menggunakan bawang sebagai jambangan bunga ketika majlis. “The Wedding of Lyka and Erwin When life gives you onions, make an onion bouquet! Our couple scheduled their wedding…” Ini kerana harga bawang di negara itu meningkat baru-baru ini dan kini menjadi antara barang yang termahal di pasaran. April juga mengatakan lebih baik mereka menggunakan bawang sebagai jambangan bunga kerana jika mereka guna bunga segar sebagai bunga tangan, ia seperti membazir kerana bunga segar itu akan layu dan bakal dibuang juga selepas majlis.

Manakala bawang yang digunakan sebagai ganti bunga tangan itu pula telah diberikan kepada ahli keluarganya selepas majlis. Jadi, bolehlah ia digunakan untuk memasak. Menurut pengantin itu juga, pihak perunding perkahwinan mereka juga telah memesan seguni bawang untuk digunakan ketika majlis. Menurutnya lagi, harga seguni bawang adalah lebih murah daripada jambangan bunga tradisional yang sering digunakan ketika majlis perkahwinan, jadi pasangan ini juga telah berjaya menjimatkan kos. Difahamkan juga, jambangan bawang yang digunakan oleh pengantin ini juga adalah seberat empat kilogram.

Lagi menarik, bridesmaids pengantin juga memegang kalungan bawang yang telah digubah, jadi tetap nampak cantik walaupun pegang bawang je. Bagus jugak idea ni kan, tak membazir dan masakan pun jadi lebih sedap. Kredit, Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version