KETIADAAN foto Sissy Imann dan Naim Daniel di poster Famili Duo minggu ketujuh yang bakal berlangsung Ahad ini mengundang pertanyaan penonton. Terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu, Naim, 26, meminta peminat terus bersabar dan mendoakan agar mereka dapat meneruskan saingan dalam program berkenaan. “Saya pun baru tahu tiada nama kami dalam poster tersebut. Entahlah! Rasanya semua okey sahaja. Tunggu sahajalah nanti. “Saya juga harap peminat dapat doakan urusan kami berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Dalam pada itu, Naim memberitahu dia dan Sissy masih belum membuat keputusan mengenai penyertaan mereka dalam konsert mingguan pada Ahad ini. Ini kerana mereka masih belum membuat persiapan dan kesuntukan masa untuk melakukan persediaan. “Sekarang ini masih lagi dalam proses menguruskan beberapa perkara. Tengoklah bagaimana nanti… belum dapat kata putus lagi untuk minggu ini. InsyaAllah kami akan muncul.”Sepatutnya pada malam Ahad selepas selesai konsert kami sudah berikan lagu untuk minggu seterusnya, namun kali ini lagu pun belum ada,” ujarnya.
Berkongsi perkembangan terkini, Naim berkata Sissy masih belum bersedia untuk menjawab persoalan dari mana-mana pihak susulan kejadian menangis di atas pentas akibat komen pedas daripada juri Mas Idayu. “Saya sentiasa berhubung dengan Sissy dan sekarang ini dia masih lagi dalam proses untuk bangkit selepas apa yang berlaku. Dia juga belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa. “Ramai yang memberikan reaksi berbeza dengan apa yang telah terjadi. Kami terima baik semua komen tersebut dan dijadikan semangat untuk teruskan perjuangan dalam kerjaya ini,” ujarnya. Pada minggu keenam konsert Famili Duo, Mas Idayu memberikan komen pedas terhadap nyanyian Naim dan Sissy menerusi lagu Jampi dalam versi keroncong yang dikatakan tidak sedap dan terlalu keras.
Terkesan dengan kata-kata tersebut, Sissy tidak dapat menahan air mata ketika di atas pentas dan terus tinggalkan dewan selepas tamat persembahan. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.