Penyanyi terkenal, Ziana Zain menitipkan pesanan buat orang ramai supaya berhenti menghakimi pelakon Puteri Sarah terhadap krisis rumah tangga yang dihadapinya bersama pengarah popular, Syamsul Yusof. Bagi Ziana atau lebih mesra disapa Kak Gee, lebih baik mendoakan agar urusan pelakon tersebut dipermudahkan berbanding menghakiminya tanpa mengetahui apa yang dialaminya selama ini. “Biarkan, dia sahaja yang tahu. Jangan hakimi orang (Puteri Sarah) sebab awak ‘bukan dalam kasut dia’. Biar dia layan perasannya, kita tak kena kita tak tahu. Kita jangan hakimi sebab akan tambah dosa je.
“Kita doakan je terbaik untuk mereka, kalau panjang, panjang lah. Kalau tidak, tidaklah. Kita bagi aura yang baik, jangan negatif kat orang. “Sama-sama doa, Insya-Allah makbul. Kita juga dapat pahala Allah bagi,” Katanya ketika ditemui di kapal cruise, Genting Dream, baru-baru ini. Bukan itu sahaja, Ziana turut berpendapat wanita perlu mendapatkan nasihat daripada seseorang yang boleh dipercayai ketika menghadapi masalah rumah tangga. Jelasnya, berkomunikasi dengan seseorang yang berpandangan positif adalah elemen penting bagi membantu meredakan masalah dan bukan memburukkan lagi keadaan.
“Kita kena cari someone yang kita percaya, kawan baik atau adik terdekat yang boleh kita luahkan dan minta pendapat. “Carilah orang yang siram air, bukan siram minyak. Kat luar tu banyak siram minyak. Sentiasa berkomunikasi dengan orang positif, sentiasa istikarah, Allah akan berikan jalan,” katanya. Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 54 tahun itu menganggap kita tidak perlu menyalahkan diri sendiri dengan takdir yang telah ditentukan oleh Maha Esa.
Malah, Ziana percaya bahawa di setiap ujian yang pernah dilaluinya terutama kemelut rumah tangga bersama bekas suami sebelum ini mempunyai hikmah tersendiri. “Kita jangan selalu salahkan diri sendiri. Bila kita selalu cakap kenapa kita sebenarnya salahkan takdir Allah. “Kak Gee kuat sebab selalu ucapkan terima kasih kepada Allah dengan apa yang diberikan, ujian, sebab Kak Gee tahu, saya yang terpilih,” ujarnya. Kredit, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.