KISAH mengenai minyak dagu banyak diperkatakan dalam masyarakat kita, malah ia turut diangkat menjadi karya filem seram di negara ini. Terbaharu, pendakwah terkenal, Ustaz Fauzi Mustafa turut jadi perhatian ramai apabila dia tampil bercerita panjang lebar mengenai proses penghasilan minyak dagu. Dalam pendedahan yang menyeramkan itu, Fauzi berkata minyak tersebut diambil daripada dagu mereka yang dbnh atau wanita yang pergi menghadap illahi ketika melahirkan anak pertama. “Minyak dagu ini tuan-tuan ialah minyak yang diambil daripada dagu orang yang telah pergi menghadap illahi. Nak tunggu orang pergi dibnh ataupun perempuan pergi menghadap illahi ketika beranak sulung tu bukan hari-hari.
“Bayangkan pergi ke kbr tengah malam, nak buat apa? Nak korek kbr tersebut, lepas tu keluarkan myt pula. Tengah-tengah malam, kemudian pasang api lilin. Tegakkan pula si myt. “Kemudian letak kat dagu si myt tadi tu, sampailah beberapa minit pecah kulit dagu, keluarlah minyak. Tak banyak pun. Satu, dua, tiga titis saja. Rumitnya,” ujarnya. Tidak terhenti di situ, individu yang mahu mendapatkan minyak berkenaan kemudiannya perlu melakukan ritual pemujaan termasuklah menggunakan drh sendiri yang perlu dicampur. “Lepas dapatkan minyak dagu tadi, pergi satu bilik, kita pun puja pula, proses pemujaan. Nak seru jin. Seru syaitan, seru khadam. Kenalkan identiti diri sebagai tuan.
“Drh kita pula, kena ambil kat jari ni, campurkan dengan minyak dagu. Bila tuan yang baharu, ada prosesnya pula. “Bukan dapat macam tu je. Prosesnya, ambil drh kita, campur dengan minyak tadi, barulah dia taat pada kita. Sebab tu saya kata, banyak temberang sebenarnya,” tambah Fauzi lagi. Dia berkongsi hal itu menerusi satu bingkisan video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok miliknya, baru-baru ini. “Minyak dagu online banyak tembelang,” tulis Fauzi pada kapsyen video yang menerima lebih 700,000 tontonan itu.
Video berkenaan turut dihujani pelbagai komen warganet termasuklah yang mendakwa pernah menjadi sasaran calitan minyak dagu. “Saya pernah terkena minyak ni dan tak boleh buat main siapa yang terkena calit. Kalau salah pergi berubat boleh jadi tak betul. “Pernah jadi kat adik member. Jantan tu guna minyak dagu, 24 jam ikut jantan tu siap bawa balik rumah duduk macam laki bini. Last-last kami ambil bawa balik, Alhamdulillah ada cara nak pulihkan. “Itu sebab minyak dagu kalau kena, lupa semuanya. Nak-nak tuan punya seru nama yang dia suka. Orang yang kena susah nak baik. Makan masa.
“Saya dari tak tahu proses ambil minyak dagu dah jadi tahu sekarang,” tulis beberapa warganet. Sebagai peringatan, amalan ini ditegah sama sekali dalam agama Islam, malah urusan jual beli minyak dagu juga adalah haram dan berdosa. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.