Walaupun dah kaya tapi tetap humble, ramai yang puji sikap Fazura

Baru-baru ini, kenderaan merah jambu dinaiki selebriti popular Fazura jadi tumpuan ramai ketika menghadiri acara Nona Superwoman Award 2022 yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Seorang pengguna aplikasi TikTok, @fazura.klstokis memuat naik sebuah video memaparkan selebriti berusia 39 tahun itu menggunakan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasminya ke acara tersebut. Sebelum itu, Fazura ada berkongsi satu hantaran di laman Instagram meluahkan rasa syukur dan penghargaan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nona Hijab Business Award.

Hantaran tersebut juga diselitkan sekeping gambar kereta Proton Perdana miliknya sekali gus turut menarik perhatian pengikut seperti di TikTok. Meninjau ruangan komen di TikTok, rata-rata memuji sikap Fazura yang merendah diri kerana masih menggunakan kereta nasional meskipun dia lebih berkemampuan bagi memiliki lebih mewah daripada itu. Klik sini untuk tengok video.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Fazura atas pencapaian dalam anugerah berkenaan. Berjaya tanpa sebarang kontroversi, baru la peminat sayang! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Dah sedia untuk timang anak kedua, kalau ada rezeki Fazura nak anak lelaki pula. SELEPAS anak sulungnya iaitu Nur Fatima Aisya menginjak usia dua tahun, pelakon Nur Fazura memberitahu dia sudah bersedia untuk hamil cahaya mata kedua. Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkata pada awalnya dia merancang untuk menimang anak kedua pada tahun ini, namun terpaksa menimbangkan semula hasrat itu kerana terikat dengan jadual kerja yang agak padat. “Kalau boleh saya nak melahirkan pada Disember tahun ini, tapi sekarang dah Januari. Lepas tu ada filem lagi. Bila nak buka ‘kilang’ tu kan.

“Sekarang saya tengah berebut masa, dengan bisnes, nak berlakon lagi. Saya berdoa semoga Allah permudahkan semuanya dan mudah-mudahan tercapai apa yang saya mahukan ini,” katanya. Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di anugerah Nona Superwomen 2022 yang diadakan di M Hotel & Resort, Bukit Kiara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu ini memberitahu dia mengimpikan untuk memiliki anak lelaki bagi cahaya mata kedua ini.

Dia bagaimanapun tetap bersyukur sekiranya dikurniakan anak perempuan lagi kerana menyedari ramai lagi pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat. “Memang saya mengharapkan anak lelaki, tetapi kalau anak perempuan pun saya terima kerana semua itu ketentuan Allah dan saya bersyukur. “Ramai di luar sana masih mengharapkan zuriat dan saya bersyukur sekiranya dikurniakan anak lelaki atau perempuan, asalkan sihat,” ujarnya. Ditanya mengenai penglibatan Fatima dalam dunia seni, Fazura berkata dia tidak mahu terlalu mendedahkan anaknya dalam bidang ini.

“Saya tak mahu dedahkan dia sangat sebenarnya, ada beberapa tawaran yang memang mahukan Fatima jadi duta. “Kalau boleh saya tidak mahu terlalu beri pendedahan kepadanya kerana nanti dah besar takut dia salahkan Mommy pula suruh dia kerja. “Kalau ada rezeki dia dan Allah dah tentukan, saya ikut sahaja,” katanya. Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020. Kredit, Mstar. 

Exit mobile version