Kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami Syamsul Yusof hampir mencapai kemuncak apabila aktres itu menyatakan hasrat mahu menamatkan ikatan perkahwinan mereka. Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata dia tidak rela hidup bermadu dan meminta Syamsul agar segera melepaskannya. Kata Sarah, dia kesal apabila sehingga kini Syamsul masih mendiamkan diri dan tidak mahu berbincang menyelesaikan isu yang hangat diperkatakan. “Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak ‘block’ saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang. “Saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. Kami layak yang lebih baik,” katanya menerusi catatan di Instagram miliknya.
Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik dua foto anaknya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, yang berusia empat tahun.Sehubungan itu, netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar urusan Puteri Sarah dipermudahkan. “Semoga dipermudahkan buat Puteri Sarah, Allah bersamamu. Semoga kuat untuk diri sendiri dan anak-anak. “Keputusan yang bagus Puteri Sarah, terus kuat,” antara komen warganet. Sebelum ini, Syamsul menerusi meminta dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar bertenang dan banyakkan bersabar berdepan ujian hubungan mereka.
Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Isu rumahtangga masih jadi perbualan warganet, terkejut ini pula permintaan Syamsul buat kedua dua isteri dia. Di Instagram, Syamsul Yusof menjadi perbualan hangat warganet apabila muat naik foto kedua-dua isterinya beserta kapsyen positif. ” Morning moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik. Syamsul meminta kedua-dua isterinya untuk bertenang dan bersabar sejurus isu mengenai mereka hangat diperkatakan sejak belakangan ini. Tambah Syamsul, dia mengharapkan doa yang baik daripada semua.
Komen warganet:
Sumber, ohbulan.com.
Siap ada yang terjah rumah Kazar, ini pula respon dia pasal perkahwinan tu buat ramai yang tak sangka. Pelakon veteran Kazar Saisi terkena tempias pernikahan anaknya, Ira Kazar dan Syamsul Yusof di Thailand. Semuanya gara-gara babak lakonan Kazar dalam musim kedua drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku yang disiarkan TV3, seolah-olah menjadi realiti. Menerusi video terbabit, Kazar yang membawa watak Pak Samad dipaparkan memberi nasihat mengenai perkahwinan kepada Adam lakonan Sean Lee. Kontroversi perkahwinan pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar masih lagi menjadi topik perbualan hangat warganet di media sosial. Selain kritikan terhadap pasangan ini, bapa Ira yang juga pelakon iaitu Kazar Saisi turut menerima kritikan warganet kerana membenarkan anaknya berkahwin dengan suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana ini. Pada mulanya berusaha mendapatkan penjelasan dan kenyataan Kazar, namun tidak berjaya.
Tidak berputus asa, terus mencari Kazar di kediamannya namun pelakon berusia 63 tahun ini memaklumkan dia tiada di rumah kerana sedang berada di Ipoh, Perak. “Saya sekarang ini tiada dirumah kerana sedang shooting di Ipoh, mengenai isu perkahwinan ni saya tidak mahu komen apa-apa.“Tunggu la, sekarang ini tak boleh nak komen atau ulas apa-apa. Nanti-nantilah,” kata Kazar secara baik selepas dihubungi wartawan ketika berada depan rumahnya. Pihak media terpaksa mencari Kazar selepas membisu berhubung perkahwinan anaknya iaitu Ira dan Syamsul walaupun ahli keluarga pengarah filem tersebut melahirkan rasa terkilan atas apa yang berlaku. Sejak Syamsul mendedahkan sudah berkahwin dua, nama Kazar Saisi turut terkena tempias kemarahan warganet. Warganet meluahkan rasa bengang apabila Kazar seolah-olah menyokong tindakan anaknya, Ira Kazar berkahwin dengan Syamsul yang juga suami orang malah menjadi wali pernikahan pasangan itu di Thailand.
Lama mendiamkan diri tapi kali ni perkongsian terbaru Syamsul Yusoff jadi perhatian warganet. Terbaru, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof memuat naik foto bersama anak anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah di halaman Instagramnya mendapat perhatian warganet. Gambar yang di muat naik oleh pengarah tersebut dilihat terserlah kegembiraan dan telatah Syaikhul Islam dan Sumayyah dengan ayahnya ketika mengambil gambar bersama. Rata-rata warganet menyinggah ruangan komen di Instagram tersebut dengan mengukapkan kata syukur dan semoga ada sinar baharu yang akan datang kepada keluarga kecil itu. Ini kerana , sedia maklum bahawa krisis rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul masih lagi belum baik. Apa-apa pun kita doakan yang baik baik untuk keluarga kecil ini. Sekadar info, Syamsul Yusoff berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Enggan mengulas mengenai hubungannya dengan suami, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanpun berkata Syamsul Yusof tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak-anak mereka. Sibuk dengan menguruskan kerjanya, Puteri Sarah berkata dia gembira apabila suaminya yang juga pengarah itu sentiasa meluangkan masa bersama dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. “Dia masih berjumpa anak-anak, menelefon dan membuat panggilan video bersama mereka. Dan dia masih lagi menjalankan tanggungjawab nya dengan memberi nafkah. “Dan saya pula macam biasa, sibuk dengan kerja saya. Bila saya tiada dengan anak-anak, dia ambil giliran untuk bersama mereka. Jadi saya gembira apabila dia meluangkan masa dengan anak-anak,” katanya.
Masih mempunyai hubungan baik dengan keluarga mentua, Puteri Sarah memberitahu dia akan membawa anak-anak ke rumah pengarah Datuk Yusof Haslam setiap hujung minggu. Malah, Puteri Sarah juga mendedahkan Syamsul akan berjumpa dengan anak-anak mereka ketika dia berada di rumah ibu bapanya. “Dan setiap minggu saya pergi ke rumah Datuk Yusof dan Datin Patimah, sebab hubungan saya dengan mereka kekal baik dan mereka pun rindu pada cucu-cucunya. Jadi bila saya ke sana, dia (Syamsul) akan berjumpa dengan anak-anak,” katanya.