Baru-baru ini, pelakon serta pengacara terkenal, Dato AC Mizal tampil meluahkan rasa terkilan di laman Facebook apabila dapat lihat sekarang ini kebanyakkan rancangan televisyen sering menjatuhkan air muka peserta demi menaikkan rating program berkenaan. Malah dalam hantaran tersebut, AC Mizal atau nama sebenarnya, Dato Mizal Zaini mempersoalkan kredibiliti seorang penerbit program sama ada memikirkan perasaan seseorang ataupun sekadar mahu rancangan yang diterbit menjadi bualan ramai. Isu ini menjadi topik luahannya kerana ia dianggap semakin teruk kerana penerbit sering menggunakan konsep gurauan tanpa sepadan untuk membangkitkan kem.arahan masyarakat.
Memang sekarang wajib jatuh kan maruah orang di kaca tv ke? tak ada fikir perasaan orang ke? r u to perfect?. Jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena comment. Nak tular sampai jatuhkan maruah orang baik buat rancangan AYUH MAKI ORANG!. Bergurau dan maki orang lain di depan orang ada tahap nya. Nasib baik bukan saya yang kena hmmm setiap usaha harus dihargai kelemahan bagi kamu mungkin adalah kekuatan bagi mereka mendidik bukan mengherdik. Saya dah dalam industri 33 tahu and i hate orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan mengajar lebih baik dari menunjuk pandai.
Malah, pemilik stesen televisyen SUKE TV itu turut memerli sekiranya mahu merendahkan martabat seseorang melalui program televisyen yang boleh di tonton ramai. Dalam pada masa yang sama, AC Mizal berkata jika mahu mengajar seseorang itu menjadi lebih baik, herdik bukanlah langkah yang bijak, lagi-lagi rancangan berkenaan di tonton masyarakat Malaysia. Pengacara kelahiran Muar, Johor sempat meluahkan rasa syukur kerana dirinya tidak menjadi sasaran kritikan hingga merobek hati. Sekadar info, dua hari yang lalu satu rakaman video memaparkan penyanyi veteran, Mas Idayu memberi komen kepada penyanyi duo, Sissy Iman dan Naim Daniel dalam program Famili Duo menjadi bualan ramai.
Ramai beranggapan cara Mas Idayu memberi komen dalam nada menengking sangat melampaui batas. Kredit, Komedi Media. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.