Rizky Billar masih menerima kritikan demi kritikan daripada warganet selepas kisah dirinya memukul Lesti Kejora tersebar beberapa bulan lalu. Bukan sahaja menerima kritikan kerana mengasari isteri yang merupakan penyanyi dangdut popular itu, warganet kerap mencari kesalahan Rizky. Ini termasuklah menyrng kehidupan peribadinya yang disifatkan sebagai sebuah ‘lakonan’ dan terdesak menonjolkan diri sebagai orang kaya. Menurut pandangan warganet, kekayaan yang ditunjukkan seperti memiliki kediaman dan deretan kenderaan mewah bukanlah dimilikinya. Geram dengan dakwaan warganet mengenai dirinya yang dikatakan menumpang hidup hasil kerja dan kekayaan Lesti, Rizky pun menyindir mereka.
“Ini percakapan paling tidak berotak sebenarnya. Singkirkan kebencian, gunakan akal sihat,” tulis Rizky dalam Insta Storynya seperti dilaporkan Insertlive. Rizky yang sebelum ini bengang kerana warganet mengutuk anak sulungnya sebagai ‘tidak elok’ juga meminta semua hatersnya berfikiran terbuka dan jangan suka mencari kesalahan orang. “Mudah saja sebenarnya, kali membandingkan apa yang isteri saya ada sebelum dan selepas menikah. Cuma sayang tak ada yang cakap pakai logik,” sindirnya lagi. Terdahulu, selepas kejadian mengasari Lesti, khalayak baru tahu kediaman mewah yang didiami pasangan selebriti itu adalah rumah sewa dan beberapa lagi kemewahan yang ditunjukkan hanya untuk konten.
Kredit, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.