Kecoh pasal pernikahan kedua, ini pula respon Syamsul Yusof bila tanya tentang honeymoon

Syamsul Yusof tetap akan failkan saman pada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebanyak RM10 juta seperti dimaklumkan sebelum ini. Menurut laporan Hmetro, Syamsul berkata, peguamnya telah menghantar surat kepada JAWI dan perkara tersebut sedang dalam proses. Syamsul berkata, tindakan undang-undang itu adalah serius memandangkan dia mendakwa pihak JAWI tidak menjalankan tugas secara profesional.

“Mereka melakukan soal siasat terhadap Ira kira-kira dua bulan lalu iaitu ketika kami belum bernikah. Saya tidak akan dedahkan apa yang ada dalam kertas siasatan itu kerana ia menyalahi undang-undang. Namun, JAWI sendiri mendedahkan kertas siasatan itu sehingga dibaca oleh ibu saya. JAWI sudah melnggr undang-undang dan ia tak sepatutnya berlaku hingga menyebabkan keluarga saya berantakan ketika itu. Bukankah JAWI harus memelihara agama Islam, menjaga aib satu keluarga Islam? Macam mana ini boleh berlaku? Hanya di mahkamah nanti kita akan selesaikan perkara ini. Ramai yang tidak tahu apakah isu sebenar di antara saya dengan JAWI. Semuanya akan diselesaikan di mahkamah nanti,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan berbulan madu, Syamsul memaklumkan dia kini sedang fokus bagi menghasilkan filem terbaharunya The Original Gngster. “Sekarang ini ada lebih 100 orang di bawah saya sedang bekerja dalam penggambaran filem terbaru saya, The Original Gngster. Ya, itulah ‘honeymoon’ (bulan madu) saya sekarang. Saya harus segera bekerja dan menyiapkan filem ini. Saya akan terus fokus kerana The Original Gngstr adalah filem saya yang paling besar setakat ini. Ia lebih besar dari Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan dan semua filem Gngstr lain yang pernah saya arahkan sebelum ini. Saya tak sabar untuk kembali ke set penggambaran,” ujarnya.

Terdahulu, dia mengumumkan sudah bernikah dengan isteri kedua iaitu Ira Kazar di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa wanita berkenaan, Kazar Saisi yang juga seorang pelakon veteran. Untuk rekod, Syamsul berkahwin dengan isteri pertama Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Sumber: Harian Metro (Riadz Radzi). PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Syamsul Yusof dedah gambar di depan cermin, kini ramai yang beri komen atas penampilan terbarunya. Penampilan baharu pelakon dan pengarah terkenal Malaysia menjadi perhatian warganet kerana beliau memuat naik satu gambar di Instgrmnya semalam yang seakan-akan dengan pelakon luar negara. Syamsul Yusoff tampil dengan sut serba hitam dan rambut panjangnya disisikan kebelakang dengan rapi dengan menangkap gambar dirinya dihadapan cermin dengan bergaya. Beliau tampil dengan gaya lain dari dirinya yang sebelum ini yang menampakkan beliau kelihatan smart dan stylo.

Macam John Wick Atau Genji? Rata-rata peminatnya memberi komen yang mengatakan beliau seolah-olah macam John Wick, ada yang mengatakan macam Genji iaitu pelakon Jepun. Peminatnya memberi komen terhadap penampilannya dan memberi respon yang baik terhadap dirinya. Sekadar info, Syamsul Yusoff atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis, penerbit, dan penyanyi Malaysia. Beliau terkenal menerusi filem-filem bergenre aksi dan seram sehingga berjaya mencipta rekod sebagai Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 25 tahun. Beliau ialah anak kepada pengarah tersohor negara yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man, Datuk Yusof Haslam. Sumber, Awattsyeikh.com

Syamsul Yusof dedahkan ladang durian musang king miliknya, sekali ini respon warganet. Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof tampil mendedahkan sisi lain kehidupannya yang jarang dipaparkan kepada umum. Berdasarkan sebuah perkongsian di TikTok miliknya, Syamsul dilihat sedang bergiat aktif mengusahakan ladang dusun durian jenis mahal iaitu Musang King. “Melawat ladang… Mudah-mudahan Allah SWT izin,” tulisnya beserta tanda pagar musang king. “Bijak Guna Duit Beli Tanah, Bukan Main Saham” – Warganet

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terpegun melihat suami kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menceburi bidang baharu selain daripada kehandalannya dalam mengarah filem. Malah, ada juga dalam kalangan pengikutnya yang kagum dan memuji tindakan Syamsul kerana melaburkan wangnya dengan menjadi seorang petani. Difahamkan ladang dusun durian selebriti ini terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Video boleh ke Tiktok Syamsul Yusoff @syamsulyusoffilm. Sumber, XTRA & Awattsyeikh.com

Exit mobile version