Seperti yang ramai tahu, isu mengenai penyanyi, Sissy Imann yang terkilan dengan komen pedas juri tetap, Mas Idayu dalan rancangan program nyanyian Famili Duo kini menjadi bualan ramai. Isu tersebut menjadi lebih keruh apabila Sissy memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk melancarkan album terbarunya dan mengambil keputusan untuk menjual secara derma dengan harga RM20. PELAKON dan pengacara Datuk AC Mizal dalam nada sindiran meminta individu yang gemar menjatuhkan maruah orang agar menerbitkan program televisyen yang sesuai dengan cara mereka memberi komen kepada peserta pertandingan.
AC atau Mizal Zaini, 52, dalam nada sindiran turut meminta individu tersebut agar menerbitkan rancangan televisyen sendiri yang sesuai dengan cara mereka memberi komen kepada peserta. “Memang sekarang wajib jatuhkan maruah orang di televisyen ke? Tak ada fikir perasaan orang ke? Awak itu dah sempurna? Jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena komen! “Nak viral sampai jatuhkan maruah orang, baik buat rancangan Ayuh Maki Orang,” katanya. “Bergurau dan maki orang lain di depan orang ada tahapnya. Nasib baik bukan saya yang kena. “Saya dah dalam industri selama 33 tahun dan saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan,” katanya. Tambah AC, dalam usaha mendidik perlulah menggunakan kaedah yang tepat sekali gus menghargai usaha diberikan oleh peserta.
Saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan. “Setiap usaha harus dihargai. Kelemahan bagi kamu mungkin adalah kekuatan bagi mereka. Mendidik bukan mengherdik. “Mengajar lebih baik dari menunjuk pandai! Tiada orang yang sempurna,” katanya lagi. Tampil memberi penjelasan, suami kepada Mas Idayu iaitu Muhammad Sufian Che Isa yang juga merupakan penerbit probram tersebut berkata ramai yang telah menjangka komen yang diberikan isterinya. Mungkin kita dah bertanding dalam 6 minggu, diorang ni sebenarnya penat dari segi fizikal dan mental. Menurut Sufian, dia faham apabila peserta ditegur dengan keadaan begitu dengan cara yang begitu dan mengerti dengan cara penerimaan Sissy.
Tapi saya tidak boleh kata, siapa betul dan siapa yang salah, itu adalah berdasarkan cara penerimaan masing-masing. Saya harap peserta tidak terlalu kecewa, tidak terlalu down dengan teguran dan sebagainya. Dalam pada itu, Sufian berharap peserta rancangan program tersebut terus kuat berjuang dalam bertanding dan kembali dengan persembahan yang lebih baik. Kredit, Limau Asamboi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.