Makin terkenal, Syamsul Yusof nampak macam ceria je layan peminat

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menyeru kepada orang ramai supaya saling tegur menegur antara satu sama lain jika terserempak tidak kira di mana-mana lokasi sekali pun. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Syamsul di laman TikToknya, dia yang tampak lebih ceria sedang melayani peminatnya untuk mengambil gambar di sebuah stesen pam minyak. “Nampak abang kat luar tu, tegur-tegur lah ye. Terima kasih Allah,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan semangat dan kekuatan yang dimiliki oleh pengarah yang berusia 38 tahun itu meskipun dia ‘dihimpit’ dengan kontroversi mengenai kemelut rumah tangganya bersama pelakon, Puteri Sarah. Bukan itu sahaja, ramai yang menyifatkan Syamsul kini sudah semakin mendapat perhatian peminat walaupun dia sebelum ini dia teruk dikecam serta dikritik selepas berkahwin kali kedua bersama seorang wanita yang dikenali. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, warganet turut mendedahkan sudah lama menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan pengarah hebat itu dan mendoakan agar urusan Syamsul sentiasa dipermudahkan selalu.

Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Tular foto Syamsul dengan peminat baru baru ni, tapi dalam gambar tu benda ni pula yang warganet perasan. MESKIPUN diduga dengan kemelut rumah tangga bersama isteri Puteri Sarah Liyana, pengarah Syamsul Yusof masih lagi meneruskan kerja-kerja penggambaran filem terbaharunya, The Original Gangster. Biarpun sibuk di lokasi penggambaran, Syamsul, 39, dilihat ‘sporting’ melayan peminat yang ingin merakamkan foto bersamanya. Bagaimanapun, menerusi perkongsian video seorang peminat di TikTok jadi perhatian warganet kerana susuk tubuh Syamsul yang dilihat berbeza dan semakin kurus. Syamsul kini sibuk di set pengambaran filem The Original Gngster.

Rata-rata peminat meluahkan kerisauan melihat keadaan fizikal pengarah filem Mat Kilau itu. “Air muka macam banyak masalah dia fikir. Macam susut je badan. Tapi tetap sporting layan peminat. “Besar betul dugaan Sol ni. Semoga dipermudahkan. Ujian untuk dia. Tengok muka pun macam banyak pendam masalah. Sedih pula tengok. “Kurus dah. Kusut nampaknya. Semoga dipermudahkan urusan mereka,” tulis warganet. Terdahulu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.

Antara komen-komen peminat yang risau melihat keadaan Syamsul. Susulan daripada pendedahan itu, isteri pertamanya, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memfailkan permohonan perpisahan secara baik pada pada 16 Januari lalu. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan pisah berkenaan. Masih belum reda cerita tentang Syamsul Yusof kahwin dengan Ira Kazar sehinggakan isteri pertama beliau Puteri Sarah menuntut untuk berpisah kerana tidak sanggup bermadu. Kisah mereka seperti di dalam sebuah drama TV slot pukul 7 malam dan dijangkakan masih panjang.

Setiap hari sudah pasti akan ada cerita cerita mengenai mereka bertiga tetapi kali ini adalah cerita Syamsul Yusof. Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia telah berjumpa dengan Syamsul Yusof dan tidak melepaskan peluang untuk menegur sapa pengarah itu. Bukan itu sahaja, pemilik video yang dikenali sebagai Mazni turut mendedahkan dia tidak bimbang dikritik oleh orang ramai disebabkan bergambar dengan Syamsul memandangkan dirinya kini menjadi tumpuan ramai di media sosial. Jelas Mazni, kita sebagai warganet sepatutnya mendoakan agar urusan Syamsul dan isterinya dipermudahkan dan mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap nasib dan dugaan yang dihadapi oleh Syamsul pada ketika ini kerana jelas di raut wajahnya kelihatan sedih namun tetap meneruskan kerjayanya sebagai seorang pengarah. Sementara itu, ramai kagum serta memuji dengan semangat yang dimiiki oleh Syamsul dan tidak melepaskan peluang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan. Terdahulu, umum sedia maklum dengan isu rumah tangga yang sedang berlaku membabitkan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama pelakon, Puteri Sarah sehingga menjadi tumpuan utama di media sosial pada ketika ini.

Bahkan, menurut penerbit eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail memaklumkan fikiran Syamsul kelihatan agak terganggu ketika di set penggambaran susulan dengan krisis rumah tangga yang dihadapinya pada ketika ini. Pun begitu, meskipun pengarah yang berusia 38 tahun itu dibelenggu masalah rumah tangga, namun dia telah dipuji ramai kerana masih komited dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penggiat seni malah, sangat sporting dalam melayani karenah peminat. Sumber, Mstar.

Exit mobile version