Tahun ni genap 9 tahun Puteri Sarah jadi isteri, paling sedih tarikh sebutan 1 hari sebelum tarikh ulangtahun perkahwinan

SETELAH hampir sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya nekad memfailkan permohonan pisah terhadap suami iaitu pengarah Syamsul Yusof. Susulan itu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan pisah berkenaan. Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, ketika ditemui berkata tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah itu dilihat signifikan kerana hampir dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.

“Saya lega, kalau ikutkan tahun ini cukup sembilan tahun perkahwinan kami dan sebenarnya tarikh 7 Mac yang ditetapkan mahkamah ini sangat signifikan kerana 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang kesembilan. “Syukur Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Mohd Syamsul. Nampaknya tak ada rezeki,” katanya. Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pagi Isnin. Sarah yang tiba kira-kira pukul 10.30 pagi ditemani dua orang adiknya serta diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Dalam pada itu, Sarah turut menegaskan dia bukanlah anti kepada poligami, tetapi dia bertindak menuntut untuk berpisah kerana kecewa ditipu oleh suami. Kata Sarah lagi, segala usaha yang dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri nampaknya tidak berhasil. “Sebenarnya poligami itu indah sekiranya suami itu berlaku adil. Tapi sebab saya ditipu dan tak minta izin dan tak berbincang dulu. Jadi saya rasa ini jalan terbaik dan Alhamdulillah saya jalankan tugas sebagai seorang isteri. “Apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya dah buat yang terbaik, berbincang dengan keluarga, saya bertahan, berjumpa dengan ustaz dan ustazah tapi sama juga masih tiada perubahan,” jelasnya.

Sementara itu, Sarah menyifatkan doanya sewaktu mengerjakan ibadah Umrah telah dimakbulkan oleh Allah. Pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini berkata usaha dan istikharah yang dilakukan adalah jawapan kepada semua keputusan yang dibuat. “Hari itu masa saya pergi umrah dan saya minta Allah tunjukkan jalan dan Allah memang dah tunjuk semua. “Bila kita solat istikharah dan bila kita nak buat sesuatu, Allah permudahkan dan rasa tenang hati, dan maknanya inilah petunjuk yang Allah dah bagi,” katanya.

Sebelum ini, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Selamba je Yasmin boleh tweet menangkan adik sendiri, tak sangka siap cakap Puteri Sarah macam ni lagi. Beberapa ciapan dari akaun Twitter milik kakak kepada isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza dikatakan menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam. Menerusi satu ciapan, kakak Ira itu didakwa mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap memuatnaik hantaran di Instagram. “Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicrngi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bdh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” ciapnya. Selain itu, wanita itu turut menyifatkan tindakan Puteri Sarah adalah lucu. “‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ ftnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya.

Tindakan kakak Ira itu mula mendapat perhatian dan mula diperkatakan dalam kalangan warganet menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Puteri Sarah. “Tengok IG akak dia Yasmin Kaza, ‘if not mistaken’ asyik nak menangkan adik dia ja. Pelik kalau aku jadi kakak, adik buat perangai memang takkan mengaku adik buang jauh-jauh terus,” komen seorang pengguna. Kredit, Hmetro.

Exit mobile version