Tak dapat tahan sebak masa kongsikan perkembangan adik dia, abang dedah ini keadaan terkini Yasin Sulaiman

Abang kepada penyanyi popular, Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman tidak dapat menahan sebak sewaktu berkongsi perkembangan adiknya sewaktu ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam. Dalam pertemuan itu, Zain mengakui sedih dengan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menolak representasi yang dikemukan oleh Yasin. Pun begitu, dia tetap memberi sokongan dan kepercayaan kepada adiknya. Sementara itu, Zain menegaskan dia bimbang dengan tahap kesihatan adiknya apabila melihat keadaan tubuh adiknya kian menyusut.

“Rasa sedih itu memang ada tapi itu lumrah hidup. Kita akan terus berada bersama Yasin, terus berdoa. Insya-Allah. “Cuma saya amat risau dengan kesihatan dia. Saya peluk dia pagi tadi, tinggal tulang…”katanya. Apa yang membuatkan dirinya bertambah sebak apabila melihat keadaan kesihatan Yasin sewaktu hadir ke mahkamah jika hendak dibandingkan dengan lawatan terakhir di penjara tempoh hari. “Lawatan terakhir kami di pagar besi, Yasin memang seperti biasa, bersemangat, reda dengan ujian. “Tapi kekhuatiran kita, keadaan kesihatan beliau yang nampak sedikit merunsingkan terutama susut berat badan yang agak ketara.

“Contoh bila kita peluk dia, salam dia, kita boleh terasa tulang,”ujar peguam Ariff Azami Hussein sebaik sahaja Zain tidak dapat menahan sebak. Tambah Zain, perubahan fizikal yang dialami oleh Yasin berkemungkinan mengalami tekanan selain kesan sampingan daripada ubat-ubatan memandangkan adiknya diberi makan dan minuman secukupnya. Terdahulu. Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukan Yasin untuk mengkaji tiga pertuduhan bahan terlarang yang dihadapi oleh Yasin Sulaiman. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu. Sumber: Instagram @yasinsulaiman/Omm.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Yasin Sulaiman mohon maaf. Penyanyi Yasin Sulaiman yang kini ditempatkan di Sungai Buloh mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua kenalan, teman dan peminat. Perkara itu disampaikan abang penyanyi itu, Zain Sulaiman, 50, yang melawat Yasin, semalam. “Alhamdulillah semalam saya dan adik beradik lain dapat melawat Yasin. Dia mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua kenalan, teman-teman dan peminat. “Yasin juga mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang memberi sokongan secara rahsia dan terbuka. “Perjumpaan selama 30 minit saja. Kami adik-beradik bergilir-gilir bersembang dengannya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zain, Yasin yang juga pesakit bipolar berada dalam keadaan baik. “Alhamdulillah dia okay. Dia ambil ubat secara konsisten,” katanya. Dalam masa sama, Zain berharap ada khabar gembira dan sinar baharu buat adiknya itu pada sebutan kes 18 Mei ini. “Tarikh sebutan kes di Mahkamah Petaling Jaya adalah hari yang ditunggu-tunggu olehnya,” katanya. Terdahulu, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara.

Exit mobile version