Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan yang dia dan suami, dramatis Kamal Adli tidak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat. Sungguhpun usia perkahwinan sudah pun menjangkau ke angka satu tahun, namun, menurut Uqasha, rezeki tentang cahaya mata diserahkan bulat-bulat kepada Yang Maha Esa. “Jujurnya, saya dan Kamal tidak merancang… maklumlah masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Takkan nanti datang set saya muntah-muntah. “Bagaimanapun, saya dan Kamal tidak menolak jika diberikan rezeki. Namun, tiada perancangan dalam masa terdekat.
“Kamal pun sekarang training di Batam untuk siri baharunya di HBO,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada sesi penggambaran drama bersiri Isteri Halal baru-baru ini. Dalam pada itu, Uqasha memberitahu drama Isteri Halal merupakan drama pertamanya berlakon tanpa kehadiran Kamal selepas beberapa kali digandingkan bersama berturut-turut. “Ya, drama ini merupakan drama pertama saya tanpa Kamal. Agak janggal sedikitlah… sebab sebelum ini kalau ada apa-apa saya akan suruh Kamal cakapkan. Tapi sekarang saya kena buat sendiri, katanya lagi.
Berkenaan dengan drama adaptasi daripada siri Filipina, Legal Wife itu, Uqasha memegang watak sebagai Eyra, seorang wanita yang berusaha untuk merampas suami kepada teman baiknya sendiri. Selain Uqasha, Isteri Halal turut dibintangi oleh Aidit Noh, Isyariana, Nazim Othman dan Amylea Azizan. Kredit, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Rai ulangtahun perkahwinan pertama, sekali Uqasha tampil beri ucapan istimewa sampai ramai yang beri komen positif. Pelakon popular, Uqasha Senrose menitipkan dedikasi istimewa buat suami tersayang yang juga aktor, Kamal Adli bersempena dengan ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Bahagia harmoni bersama, Uqasha mengakui bersyukur kerana mereka sama-sama berjaya mengharugi bahtera rumah tangga bersama.
“Happy 1st anniversary abang @kamaladli. Im speechless, there’s so many things i wanna say but i just got blur. Walau macam-macam dugaan pahit manis kita baru lalui selama setahun tapi kita berjaya lalui sayang! Abang please know that i always proud to have you as my suami and always support you in any ways insyAllah. Thank you sayang for everything and insyaAllah many more to come,” luahnya. Kakak kepada Nelydia ini melayangkan kata cinta itu menerusi salah satu hantaran yang dikongsikan di Instagram. Malah lampiran foto momen indah mereka berdua turut diabadikan Uqasha menerusi posting sama.
“You are amazing funny guy, tapi time baloh (gdvh) gak haha biasa la tu adat rumahtangga kata orang-orang tua kan kita ikut je. Walaupun tak ada apa-apa celebration sebab kita dua kerja, dengan kata-kata dan posting dari abang, saya syukur… (walaupun tk nk tu je). Love you abang my love and forever love, amin,” tulisnya lagi. Sementara itu di dalam sebuah lagi hantaran terkini, Uqasha turut berkongsi video pendek yang memaparkan mereka sedang menikmati makan malam dengan cara tersendiri. Imbas kembali, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri kedua ahli keluarga. Sumber, Media Hiburan