Belum habis lagi pasal wanita suka suami orang kali ni Aisyah Hijanah pula dedah ada perempuan berniqab tawar diri nak jadi madu dia

Tak habis lagi tentang pendedahan wanita ‘tersuka’ suami orang apabila seorang influencer dan usahawan, Aisyah Hijanah berkongsi mesej yang diterima dari seorang niqabis memohon maaf kerana jatuh hati dengan suaminya. Menerusi Insta Story Aisyah, dia hairan adakah sekarang ini memang musim wanita-wanita ‘single’ tersuka suami orangkah kerana dia juga mengalami situasi sama.

Dalam mesej dan email yang diterima, influencer berkenaan mengatakan yang wanita terbabit sudah jatuh hati dengan suaminya dikenali sebagai Alif Teega. Dia juga berani untuk bertemu dengan ibu kepada Alif bagi menyampaikan hasratnya untuk menjadi isteri kedua dan mengatakan bahawa lelaki boleh sahaja berkahwin lebih daripada satu. Ujar niqabis itu, dia sudah lama memerhatikan Aisyah dan suami sehingga ketika mereka menunaikan umrah bersama. Susulan daripada itu, Aisyah telah menegur wanita terbabit dan mengatakan apa yang dilihat dalam perkahwinan mereka tidak semua sama seperti yang orang lain bayangkan.

Dia juga mengatakan yang belum tentu suaminya akan memberi layanan yang sama jika dia berkahwin dengan wanita tersebut kerana apa yang mereka kecapi sekarang adalah usaha serta pengorbanan sewaktu di awal perkahwinan dahulu.

Jadi, influencer tersebut meminta agar niqabis itu dan semua wanita yang masih mencari pasangan terus bersabar kerana yang terbaik pasti akan tiba. Dia juga menzahirkan rasa lega apabila suami mengambil langkah menghindarkan diri dari wanita tersebut serta memadam semua mesej yang diterima bagi mengelakkan rumah tangganya terganggu.

Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version