“Tanpa perlu menyebut nama, rasanya sudah tahu sebab saya sedang buat satu drama saja. Itu sajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi, lebih baik biarkan perkara itu begitu saja.” Itu kata pelakon, Aliff Aziz mengenai pelakon wanita yang didakwa cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella Astillah. Walaupun tidak menyebut nama, kriteria yang dijelaskan Aliff itu jelas ditujukan buat Sophia AlBarakbah iaitu heroinnya dalam satu-satunya penggambaran drama membabitkan Aliff ketika ini iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
“Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang. Kami duduk bersama, berbincang dengan rasional dan berkomunikasi mengenai isu ini. Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tidak betul,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, di sini, hari ini. Menurut Aliff, dia tidak menafikan isu yang terjadi berpunca atas kekhilafan diri sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan.
“Tiada siapa jangka kontroversi ini akan menjadi hangat. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga batas ikhtilat. Lagipun pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” katanya. Dalam pada itu, Aliff berharap kontroversi yang berlaku tidak berlarutan demi menghormati isteri selain akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan Sophia. Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.
Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon itu tetapi warganet mula menyrng akaun Instagram Sophia sehingga memaksa pelakon itu mengehadkan ruangan komen. Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal menemui penonton di slot Akasia TV3 bermula 6 Februari ini. Kenali Siapa Sophia Albarakbah, Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan. Gara-gara pendedahan penyanyi, Bella Astillah mengenai tindakan seorang pelakon wanita yang didakwa cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz, nama pelakon Sophia AlBarakbah menjadi sasaran warganet.Sophia yang dilaporkan sedang menjalani penggambaran bersama Aliff menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah dilaporkan sudah mengehadkan komen di Instagram.
Bagaimanapun, semakan ke ruangan komen mendapati ada warganet yang sempat tinggalkan komen pada hantaran gambar yang dimuat naik Sophia pada 11 Januari lalu. “Saya peminat anda. Tolong jangan dengan suami orang. Tolong sangat,” tulis seorang pengikut. “Datang dari TikTok. Yang ini ke weh? Ke orang lain?,” komen warganet. “Jangan ambil suami orang,” komen seorang warganet. Sebelum ini nama Sophia dan Aliff menjadi bualan ramai dalam media sosial selepas tular video promosi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Babak romantis dalam video itu mencetuskan rasa kurang senang ramai apabila Aliff dilihat menyentuh rambut Sophia sekali gus mewujudkan kebimbangan umum yang risau episod hitam Aliff sebelum ini berulang kembali.
Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Sophia bagi mendapatkan kenyataannya berhubung perkara itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp. Siapa Sophia Albarakbah? Beliau merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula menceburi dunia seni tanah air sejak tahun 2019. Beliau kini dikenali menerusi drama rantaian Hadiah Dari Tuhan yang sedang bersiaran di saluran TV3, serta Tercipta Satu Ikatan di Astro Ria.
Menggunakan nama komersial, Sophia Albarakbah. Kelahiran Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University. Bergiat aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria. Antara lain, beliau juga muncul dalam drama bersiri Hadiah Dari Tuhan tayangan TV3. Pembabitan di layar perak menerusi filem Mimaland, Pasal Kau! dan 18. Berdrh campuran Melayu, Arab dan Cina. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33). Tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan. Menimba ilmu dalam bidang seni menerusi kelas lakonan bersama Farah Ahmad. Enggan berbicara lanjut soal jodoh kerana ingin memberi tumpuan penuh pada bidang lakonan yang diceburi.
Sumber, Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.