Memang serba boleh, ramai yang teruja bila tengok Alif Satar fasih guna bahasa isyarat

Baru-baru ini tular satu video di tiktok milik @johnlemmonn. Di mana dia memuat naik video yang berdurasi 43 saat itu, mendapat perhatian dari orang ramai terutamanya peminat kepada Alif Satar. Video teresebut memperolehi 1.4 juta jumlah tontonan, sebanyak 200 ribu tanda suka dan 2 ribu komen. Alif Satar merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara, komposer, pianist, businessman, ironman dan merupakan seorang yang tahu berbahasa isyarat “sign language”. Klik sini untuk lihat video.

Di dalam video tiktok tersebut, memaparkan bahawa ada seorang pak cik yang ingin mengambil gambar bersama Alif tetapi beliau menggunakan bahasa isyarat. Namun tidak sangka, Alif juga mengerti bahasa isyarat tersebut lalu menggunakan bahasa isyarat untuk berinteraksi dengan pakcik tersebut. Pak cik tesebut terkejut akan tetapi tetap meneruskan perbualan dan mengenalkan namanya kepada Alif. Di ruangan komen juga, di limpahkan dengan pujian dari warganet terutamanya yang meminati Alif. Rata-rata ada jugak yang terkejut melihat Alif pandai berbahasa isyarat dan ada juga yang sudah mengetahui perkara tersebut.

“Mak dia Cikgu sekolah aku dulu ajar bahasa dalam sign language, confirm anaknya pandai jugak. sekolah kami ada pelajar khas sign language. Ni sebab kenapa aku mengidolakan Alif Satar sangat-sangat, Man of Many Talents,-kata mereka. Orang bisu ni kalau dia dapat tau kita yang ok ni tau sign language, diorang rasa bangga. diorang happy sangat-sangat. tengokla muka pakcik tu ceria je bila alif sembang dengan dia,-tambah mereka.

Sumber, Murai.my

Exit mobile version