Berat pernah mencecah hampir 100kg, Anim Ezati akui buat benda ni untuk kurus macam sekarang

Personaliti TV3, Anim Ezati mengakui bahawa dirinya telah melakukan operasi bariatrik untuk tujuan kesihatan sekitar tahun 2022. Jelas Anim atau nama sebenarnya Anim Ezati Rizki Mohd Khalid, dia melakukan operasi itu selepas mendapatkan nasihat dari doktor dan juga pakar. Keputusan itu dibuat kerana dia sukar untuk menurunkan badan selepas melahirkan anak sulungnya pada 2020 walaupun telah mengamalkan diet sihat. “Lepas bersalin, berat saya hampir mencecah 100kg. Tetapi, selepas mengamalkan diet dan juga bersenam, berat saya hanya turun jadi 89 kg.”

Ujarnya lagi, operasi tersebut turut membantu untuk dirinya menjaga penampilan sebagai seorang personaliti TV selain meningkatkan keyakinannya untuk berada di hadapan kaca televisyen. Pun begitu, Anim turut memberitahu bahawa kuantiti makanannya kini perlu diambil dengan sedikit kerana sebahagian perutnya telah dibuang sebagai salah satu prosedur operasi bariatrik. “Bila dah buat operasi ni, keluasan perut tinggal dalam 20%. Jadi, saya makan dalam dua ke tiga sudu sahaja pun dah kenyang. Walaupun kuantiti makanan diambil dengan sedikit, pengacara Helo Doktor itu turut menegaskan bahawa dia perlu mengisi perut semula setiap dua jam agar tidak terlalu lapar.

Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan yang dirinya masih lagi mengamalkan diet sihat selain masih melakukan ‘follow up’ bersama penasihat pemakanannya untuk mengekalkan berat badan. Sumber, Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version