Hubungan dengan Janna Nick jadi teka teki warganet, kali ni Dini dedah akan kongsikan satu berita baik

Status hubungan istimewa pasangan selebriti Dini Schatzmann dan Janna Nick masih menjadi persoalan di kalangan warganet selepas memberi bayangan seakan hubungan mereka telah berakhir. Walau bagaimanapun, Dini menyatakan bakal memberitahu hal peribadi yang turut berkait rapat dengan Janna dalam masa terdekat. Ketika ditemui, Dini atau nama penuhnya Dini Azan Schatzmann memaklumkan bakal berkongsi satu berita yang besar buat dirinya. Namun, hal itu harus diceritakan pada masa yang sesuai kerana terdapat beberapa perkara yang terjadi yang menjadi sebab dirinya tidak dapat berkongsi hal itu segera.

Sebenarnya saya tak boleh beri sebarang komen buat masa sekarang. Tetapi kami akan ada berita yang kami akan kongsikan dengan semua orang dalam masa terdekat. Berita yang agak besar…tapi kena tunggu. Insya-Allah, mungkin lepas Ramadan. Saya rasa semua benda ada waktu dan perancangan macam mana ia berjalan. Buat masa sekarang bukan masa yang sesuai. Ada beberapa perkara yang sedang terjadi yang buatkan masa sekarang ini tidak sesuai untuk berkongsi hal ini. Dalam pada itu, ditanya bagaimana keadaan hubungan dengan pelakon berusia 27 tahun itu, Dini menyatakan mereka dalam keadaan baik sahaja. Hubungan saya dengan Janna memang baik, tak pernah tak baik. Kalau apa-apa pun kita tak akan gaduh. Kami sentiasa ada satu sama lain. Kami pun masih bekerjasama.

Dini berkata demikian pada malam kemuncak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad. Pada malam AGMW2022, pempengaruh Hafiz Mahamad dinobatkan sebagai pemenang utama dengan meraih jumlah undian tertinggi iaitu 125,288 sekaligus membawa pulang trofi dan mata ganjaran McDonald’s. Meerqeen dan Anna Jobling pula dinobatkan sebagai pemenang kategori Drama Trending Tergempak menerusi naskah Melur Untuk Firdaus. Kredit Sinar Viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version