Mkn sehari 3 kali tapi tetap kurus, ramai lagi yang tak tahu rupanya Jeennie amalkan diet ini

PENYANYI kumpulan K-Pop Blackpink, Jennie bukan sahaja diminati kerana bakat seni, malah turut menjadi pujaan ramai kerana kecantikannya. Dengan jutaan peminat di seluruh dunia, sudah tentu ia sedikit-sebanyak memberi tekanan kepada Jennie untuk tampil menarik pada mata umum. Jika anda tertanya-tanya mengenai rutin pemakanan serta senamannya, Jennie yang berusia 27 tahun sentiasa konsisten dengan pola diet yang diamalkannya. Menerusi satu pendedahan, muka dan badan Jennie dikatakan boleh membengkak jika dia mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan garam.

Untuk mengekalkan bentuk badannya, Jennie mengelak pengambilan garam dalam diet hariannya. Semasa diet, Jennie akan makan tiga hidangan setiap hari. Diet Jennie bermula dengan makanan ringan dan ringkas untuk sarapan pagi sebelum dia melakukan rutin yoganya. Kemudian untuk makan tengah hari, Jennie mengamalkan salad avokado dan minum air kosong. Untuk makan malam, Jennie biasanya memilih bubur dan jus detoks. Pada hari-hari tertentu, Jennie juga ada cheat day yang membolehkan dia menikmati makanan kegemarannya seperti piza dan burger.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version