Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail tidak terasa hati apabila terdapat individu yang bertanyakan soal cahaya mata. Menurut laporan Utusan, Hana yang juga personaliti televisyen berkata, dia memilih untuk bersikap terbuka dan melihat pertanyaan tersebut sebagai perkara positif. Kami sebenarnya tidak kisah kalau ada yang bertanyakan tentang hal ini kerana pada masa sama, mereka sebenarnya mendoakan perkara yang baik. Saya dan suami sejak awal lagi tidak merancang soal anak, namun kalau boleh kami mahu memiliki zuriat secepat mungkin. Sebenarnya, suami selalu pegang perut saya dan bertanya ada bayi atau tidak dengan nada berseloroh.
Cara dia itu sebenarnya doa dan harapan untuk mempunyai anak yang soleh dan solehah. Jadi, apa juga pertanyaan pasal zuriat, kami terima sebagai doa yang baik,” katanya. Pada masa sama, wanita berusia 37 tahun itu menyifatkan suaminya seorang yang menghiburkan tetapi mempunyai sikap tegas terutama membabitkan soal agama Islam. Dia seorang yang jovial, tetapi ada juga ‘kepala anginnya’. Itu sisi tegas yang pada saya, bagus, Ada masa, dia akan ajar dan terapkan ilmu kepada saya secara tidak formal, jelaskan tentang hvkum agama, kupas tentang isu masyarakat dan salah faham berkaitan agama serta sebagainya.
Alhamdulillah, saya seronok bersuamikan lelaki yang arif tentang agama kerana tidak perlu menghadiri kelas,” ujarnya lagi. Sementara itu, Hana memaklumkan dia menerima kritikan dengan berlapang dada apabila segelintir warganet kurang gemar melihat kemesraanya bersama suami di media sosial. Ramai yang buat perkara sama, kongsi gambar atau video suami, isteri dan anak di media sosial. Tetapi, mungkin tumpuan diberikan lebih kepada kami kerana dikenali.
Kita tidak boleh paksa orang untuk suka kita. Saya tidak mahu berpura-pura. Apa juga reaksi warganet terhadap kemesraan yang kami kongsikan di media sosial, saya terima dengan terbuka. Asalkan orang dapat manfaat, Alhamdulillah. Ambil yang baik, buang yang keruh, insya-Allah,” katanya. Untuk rekod, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.